PENGENALAN
Dana Waqaf Pendidikan adalah dana alternatif yang
dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai pendidikan
khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana ini adalah untuk
memberi kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai
kesungguhan dan minat dalam mendalami agama tetapi mempunyai kendala dari aspek
kewangan.
Dana Waqaf Pendidikan juga adalah merupakan kesempatan
terbaik dan lahan amal bagi penyumbang-penyumbang yang berkemampuan untuk
menyisakan sedikit kelebihan yang mereka ada di jalan Allah.
Asas kepada Wakaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad
saw (maksudnya):
“Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka
terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang
dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu
bapanya.”
Dari huraian hadis di atas, dapat diambil contoh akan
aktiviti berasaskan wakaf dimana:
i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan
Antara contoh aktiviti wakaf dari hadis di atas adalah:
1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan
aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan
Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas
kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag
menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa
aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah
dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah 2:177
(bermaksud):
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu
suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang
yang beriman kepada: [1] Allah, [2] Hari kemudian (Akhirat), [3] Malaikat-malaikat,
[4] Kitab-kitab, [5] Nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya
kepada: [6] Kerabatnya [7] Anak-anak yatim , [8] Orang-orang miskin [9]
Musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan
[10] (Memerdekakan) hamba sahaya [11] Mendirikan sembahyang, dan [12]
Menunaikan zakat; dan [13] Orang-orang yang menepati janjinya apabila dia
berjanji, dan [14] Orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan
peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan Mereka itulah
orang-orang yang bertakwa.”
OBJEKTIF
1. Memberi kesempatan dan
peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam
bidang agama tetapi mempunyai kendala dari segi kewangan
2. Memberi ruang dan
kesempatan untuk kita mempraktikal konsep kebersamaan dan saling berbagi
3. Mewujudkan generasi
pelapis negara yang mempunyai nilai-nilai agama dan moral yang tinggi dalam
kehidupan sehari-hari
KUMPULAN SASAR
1. Anak-anak yatim
2. Pelajar-pelajar yang
datang dari keluarga dengan kerterbatasan ekonomi
Pemilihan kanak-kanak ini juga didasarkan kepada kesungguhan
dan minat mereka sendiri dalam mendalami agama dengan mendapat persetujuan
terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Di samping itu,
pemilihan juga didasarkan kepada komitmen ibu bapa sendiri dalam memastikan
kehadiran anak-anak mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh kelas
pengajian Al Isyraq.
PEMBIAYAAN
Untuk langkah permulaan, kami merencanakan dana waqaf ini terbahagi kepada dua
iaitu :
1. Dana Waqaf Individu
2. Dana Waqaf Umum
Dana Waqaf Individu adalah dana yang digunakan untuk
membiayai individu yang ditaja, dan ianya bersifat mengikat dan tertakluk
kepada tempoh waktu. Yang dimaksudkan di sini adalah, pihak penyumbang terikat
kepada jumlah yang tetap untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai
contoh, biaya bulanan perindividu adalah sebanyak RM40 dan tempoh tajaan adalah
selama 6 bulan atau setahun penuh. Setiap pembaharuan tajaan dapat dilakukan
sebelum tempoh tajaan berakhir. Selain daripada itu, kami yang bertindak
sebagai perantara juga berharap adanya pertemuan di antara pihak penyumbang dan
penerima sebagai upaya untuk mengeratkan lagi silaturahmi selain motivasi
tambahan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Dana Waqaf Umum pula adalah bersifat umum dan tidak
mengikat. Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada penyumbang dan tidak ada
batas waktu yang tertentu.
AHLI PEMEGANG AMANAH
Bagi memastikan kelancaran dana waqaf ini, pihak kami juga
melantik pihak ketiga selaku pemantau dana ini. Ini bagi memastikan ketelusan
dalam mengagihkan bantuan di samping sebagai penasihat teknikal dalam pemilihan
calon pelajar serta pemeriksa kira-kira. Kami berbesar hati melantik Puan
Nafizah binti Abdul Malik, Pemilik Pusat Jagaan & Transit Oo Lala, Taman
Germuda. Pemilihan beliau berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam
pendidikan awal kanak-kanak peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan serta
mempunyai visi yang sama dengan kami.
KEWANGAN
Bagi yang berminat ingin mengambil bahagian dalam waqaf
pendidikan ini, bolehlah berurusan langsung dengan kami atau terus menyalurkan
sumbangan ke akaun :
Bank
: Maybank
No akaun : 163064128157
Nama pemilik : Siti Maisarah binti Mohd Zukri
KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan kami, dengan adanya dana waqaf
pendidikan ini dapat memberi lebih banyak peluang pendidikan agama kepada
pelajar-pelajar yang memerlukan. Di samping itu, dana waqaf ini juga boleh
menjadi saksi tali kasih kita saudara seagama. Semoga apa yang kita kerjakan
ini, dipermudahkan Allah SWT.
Pengurus
Kelas Pengajian Al Isyraq
94 Lengkok Kledang Raya Taman Saz, 30100
Ipoh, Perak
05-5262508 / 013-9754238
www.isyraqniaga.blogspot.com