.:: Jom Ikut ::.

Tuesday, July 31, 2012

Boleh Ke Khatam???

Salam sehangat 11 Ramadhan.. Entry kali ni nak share pasal khatam Quran.. Ramai yang tertanya2 boleh ke nak khtam Quran sebulan je?? Haaa.. boleh sangat kiah oiiii.. Meh nak bagitau cara..

Al-Quran ada 30 Juzuk
Setiap juzuk mengandungi 10 helai (20m/s)

Ramadhan ada 30 hari
Setiap hari ada 5x solat

FORMULANYA:
30 hari bahagi 30 juzuk =  1 juzuk sehari
10 helai bahagi 5x solat = 1x solat baca 2 helai (4m/s), 5x solat dapat 1 juzuk sehari

Mudahkan??
Selamat beramal... :)


MALAYSIA, 11:01 PM



Monday, July 30, 2012

Sesekali Melepaskan Rasa

Salam Ramdhan El-Kareem.. Ramadhan yang pastinya berbeza berbanding yang lepas.. Ramadhan yang bakal memberikan natijah yang berbeza.. Ameennn... Pejam celik pejam celik dah masuk fasa kedua Ramadhan.. Iaitu fasa maghfirah atau dalam bahasa Malaysianya fasa keampunan.. Jom mintak ampun beribu-ribu lemon.. Insya Allah, DIA takkan pernah jemu mendengar dan keampunanNYA seluas alam semesta..

Hope di bulan yang mulia ini aku dapat mengawal emosi.. Sekarang, emosi memang tidak stabil.. Asyik nak marah, nak nanges, cepat serabut.. kenapa ya?? Kadang-kadang duk potong bawang pun rasa sebak.. Aish.. Bukan pedih sebab bawang yeps.. ;p

Badan pulak terasa sangat penat walaupun buat kerja-kerja ringan... macam pegneng pulak.. kih3.. duk fikir pun penat jugak tau..

Terkadang hati berdebar-debar.. Tekanan sungguh rasa.. Nak bercerita tak dek yang sudi mendengar..  Nak menangis, tak dek yang sudi berkongsi bahu... Isk3.. Tak pa la.. Al-jawabnya, bangun malam la Maisarah.. Ngadu pada DIA.. Ayarkkk... -_-'

Harapanku, Allah kurniakan hati yang tenang.. Yang sudah, biarkan berlalu.. Syuh3.. Pi main jauh2.. :D

p/s: Apa khabar housemates ku di Jordan?


MALAYSIA, 10:04 PM

Sunday, July 15, 2012

Lava's Cup Cake

Salam semua... Fuhh lelah nak boleh bukak ke blog nih...Adehh.. Teringin sebenarnya nak upate hari-hari macam orang lain tapi apakan dayaku, bellekberry boleh je nak update blog tapi tak lh masukkan gambar.. So, tak dapat tdak kene bukak lappy jugak.. Huk3

Okey, next time lah update pasal Pulau Pangkor ya.. Sebab memory card ade problem... huhuhu.. Cerita hari ini... Tadi tiba-tiba terajin nak nuat muffin.. Frst try la katekan... Agak teruja la.. Sampai melatop macam gunung berapi.. Hahaha.. Tapi dah dicover ngan cream.. Comel lagi tuh... Last2 muffin entah ke mana, cup cake yang datang.. Huk3



Ok la cani kan? Since it's my first try.. hahaha

Nak resipi?
Nah untuk anda semua...


4 biji telur gred A
1 cawan gula castor (saya just guna 3/4 je)
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu kecil soda bikarbonate*
1 1/4 cawan tepung naik sendiri *
1 cawan sebuk koko*
3 sudu nescafe*
1/2 sudu kecil garam*
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar/ air coklat (saya prefer air coklat)
1 cawan air panas

cara-cara:

1) Panaskan oven pada suhu 180 c dan satukan bahan yang bertanda * serta ayakkan
2) Pukul telur bersama gula sampai kembang kemudian masukkan esen vanilla dan pukul lagi
3) Masukkan minyak masak dan kacau
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau kaup terbalik sampai rata
5) Masukkan air coklat dan kacau sampai sebati
6) Last skali masukkan air panas dan kacau sampai sebati
7) Masukkan dalan cup (penuhkan 3/4 cup je sebab dia akan naik)
8) Bakar dalam oven selama 45 minit -  1 jam

Oyyeee.. Siap.. tapi aku punya tu tak naik sangat sebab lupa letak air panas.. Ngeh3.. hati2 ye.. Ingkar resipi tahulah padahnya..

Resipi: Thanks to my friend Kak Teh.. Dia ajar aku wat ni mase kat Mesir.. :)

Selamat mencuba ya semua!!!


MALAYSIA, 11:26 PM

Thursday, July 12, 2012

A Long2 Journey

Alhamdulillah... Majlis kawen adik yang berlangsung di Pulau Pangkor berjalan dengan lancar.. Barakallah adik...

Ni jadual perjalanan yang mana aku rasa sangat panjang... Let see

5/7 - 9/7
Kemaman - Bangi - Lumut - Pulau Pangkor

Pulau pangkor - Lumut - Bangi - Kemaman

10/7
Kemaman - KL - Kemaman

Waaaa.. tersangatlah penat mental dan fizikal.. 10/7 tu pergi KL sebab melawat Tok Teh kat ICU HUKM.. Komplikasi buah pinggang.. Pada mulanya dr bagi tidur untuk dia rehat.. N now dah sedar cuma mata tak leh nak bukak pulak.. Dr pun tak tau kenapa.. Andaian aku, sebab saraf mata tak dapat berfungsi ngan baik kot sebab oksigen tak berapa sampai ke otak.. That is why dr nak tebuk kat leher untuk saluran pernafasan.. After this dah tak dek wayar masuk kat mulut.. Andaian aku la.. Tak tau betul atau salah sebab aku bukanlah medical team.. Wakakaka.. Hope Tok Teh kembali sihat seperti biasa :)


MALAYSIA 10:54 PM

Tuesday, July 3, 2012

Lagi-lagi Kek.. Hehehe


Kek lagi?? Biasa la.. Cari kerja lain tak dapat, so masuk dapur la kerjanya.. Kerja jugak tu kan.. Kerja sepahkan dapur then kemas balik.. My ma sangat suka kek ni..

Ni ialah carrot cake.. Dalam tu tambah badam bagi sedap terlebih-lebih.. Hehehe.. Ni pun ada orang tempah.. Alhamdulillah.. :)

MALAYSIA, 4:07 PM

Kek Lapis Asam Manis Kukus


Duduk umah saja-saja ini la kerjanya.. Hehehe.. Alhamdulillah dah dapat 4 tempahan untuk khamis ni dan 5 tempahan untuk raya... Tq Allah untuk rezeki yang tak disangka-sangka.. :)

Kalau ada yang nak tempah boleh je... Msg kat no ni: 013-9754238- Mai
RM 28 setengah kilo


Sakit Kepala

Sejak kebelakangan ni kerap sangat sakit kepala.. Aduiiyaa.. Maybe power spek naik/turun la kot.. Bimbang jugak.. Tak sempat lagi nak gi klinik check..

Baru-baru ni ada terjumpa cara nak hilangkan sakit kepala.. Jom kongsi dan cuba.. Ikhtiyar dulu kan.. Sebab malas la nak makan ubat.. Huk3..




Try pastikan dulu bahagian mana yang kita rasa sakit tu sebab lain tempat sakit lain penyakitnya.. Sebab dan musababnya berbeza.. So, check dulu.. Kalau aku, yang migren tu kot.. Sebab rase nak muntah n ada tekanan kat mata.. Takkan preggy kot. Tak kawen lagi you.. Hahahaha

Kemudian, cuba baca ni:

Surah Al-Fatihah  - 1x
Ayatul Kursi         - 3x 
Surah al-Ikhlas (Qulhuwallah)     - 3x 
Surah al-Falaq      - 1x
Surah an-Nas        - 1x
Surah Yaasin (Ayat ke 58)   - 3x
Selawat ke atas Nabi s.a.w   - 3x

Sepanjang membacanya, letakkan kedua-dua tapak tangan  di kepala. Terutamanya pada bahagian yang sakit tu...

 Insya Allah dengan izinNya, hilanglah sakit kepala tu..

SUMBER: Kak Ili Amalina
 

MALAYSIA, 3:55 PM


Shewarma Versi Malaysia

Sudah sebulan meninggalkan bumi Jordan.. Tetiba rindu nak makan shewarma.. So, wat sendiri je.. :)


First skali cari roti dia.. Kat Giant ada jual... Kalau tak de jenama ni, beli yang jenama Tortilla.. Sama je rasa.. Kalau tak silap ada 3 jenis perasa.. Garlic, Potato n Bijirin kot se lagi..

#2 : Ni cara saya la.. Goreng nuget then potong kecil2..

#3 : Potong buah tomato, buang biji dia.. Potong panjang-panjang.. Macam tu jugak ngan timun batang..

#4 :Ambil roti, letakkan nuget, tomato dan timun.. Kemudian letak sos cili dan mayonis.. Saya tambah mozarella cheese yang dah hancur tu sikit.. Nak bagi melekat..

#5 : Bakar sebentar.. Saya juz letak dalam pan.. balik-balikan dia sampai garing..


 Inilah al-hasilnya.. Shewarma versi Malaysia!!!!


MALAYSIA, 3:43 PM