.:: Jom Ikut ::.

Friday, January 9, 2015

9/365 : Mari Amalkan

Asslamualaikum..
Salam jumaat yang penuh dengan barakah di dalamnya.. Hari yang tenang penghulu segala hari.. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.aw.. 10 ayat awal dan akhir Al-Kahfi yang kita lupa... Pelindung kita dari fitnah dajjal.

KATA ORANG BIJAK PANDAI,

1. Ingin bahagia  -  Sembahyang awal waktu

2. Ingin sihat       -  Berpuasa

3. Ingin dipermudahkan urusan  -  Bacalah Al-Quran

4. Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang tahajud

5. Ingin kaya       -  Sembahyang dhuha

6. Dihimpit masalah  -  Beristighfarlah

7. Berdukacita     -  Berdoalah

8. Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah


Mari kita amalkan dan sebarkan

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap pun tak untung
Yang mendengar juga tak untung
Yang untung, orang yang mempraktikkannya

c/p : FB Raja Shamri


Senyum :)


Thursday, January 8, 2015

8/365 : Zikir Al-Wahhab / Ya Wahhab



Kehebatan Zikir AL-WAHHAB .... Very Amazing...
Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini.
Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar 3 tahun lepas. Apa pun, alhamdulillah. Allah temukan jua RAHSIA ini.
Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa happy, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak tak mahu layan cas –Ve” .Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

c/p fb Master Farah Wahida

Saturday, January 3, 2015

3/365 : SALAM MAULIDUR RASUL

Bismillah
Assalamualaikum


Salam maulidur rasul, hari kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w yang mana jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, subuh hari Isnin. Tahun tersebut dinamakan tahun gajah bersempena dengan serangan tentera bergajah Abrahah ke atas kota Mekah.

Hari ini, setiap tahun kita akan lihat seluruh negara menyambutnya dengan berselawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w, mengadakan perarakan sambil berselawat serta tidak kurang juga ceramah-ceramah memperingati baginda.

Teringat saya dengan ceramah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Farid Ravi di TV Al-Hijrah. Kata ustaz Kazim, "Cinta is love. Love is not only a word but its a verb.  Cinta itu bukan hanya sekadar kata-kata yang keluar dari mulut kita, malah ia juga perbuatan mencintai. Kita kata kita cintakan Rasulullah, kita sayang nabi apa kita buat? Ya, kita berselawat ke atas nabi. Itu kata yang keluar dari mulut. Perbuatan macam mana pula? Apa yang kita buat? Pastinyalah mengikut sunnah dan cara hidup Rasulullah"

Sambung Ustaz Farid Ravi, " Sebut pasal sunnah atau perbuatan Rasulullah, contohnya bab makan. Rasulullah suruh kita baca doa sebelum makan. Tapi ada juga pada hari ini, ayah suruh anaknya baca doa makan, tapi ayah pulak tak reti baca.. Ha, macam mana tu? Sekarang kita ajar anak-anak kita hidup cara Rasulullah, bapaknya maknya macam mana?? Hehehe... Jadi biarlah kita tahu serba sedikit sunnah Rasulullah, tak semua, ambil yang harian sahaja sudah cukup. Ajar anak-anak, ajar diri kita mencintai Rasul itu dengan kalam dan perbuatan."

Jadi bersempena dengan Maulidur Rasul ini, ditambah lagi dengan kedatangan tahun baru, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya untuk perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w dan juga cuba untuk menghayati sunnah atau cara hidup Rasulullah..

Salam Maulidur Rasul buat semua...



Thursday, January 1, 2015

1 / 365 : SELAMAT TAHUN BARU

Saya jarang sekali coretkan sesuatu di sini.. Sebab bila idea datang, saya bukak blog, idea terus hilang.. Jadi saya tutup balik.. ^__^

Tapi, saya selalu jenguk-jenguk sini, melihat perkembangan rakan-rakan yang lain..

Jadi, dilembaran yang baru ini, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan azam masing-masing.. Semoga rakan-rakan saya sentiasa diberi aura inspirasi yang hebat untuk memaknai tahun 2015 ini..

2014, pastinya meninggalkan kita dengan suka dan duka.. Yang suka itu, sematlah sebaiknya diingatan, yang duka itu pula jadikan ia sebagai penguat kehidupan..



May 2015 brings us joy, health, wealth, success, more rezeki and the most important of all is HAPPINESS!!!