.:: Jom Ikut ::.

Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

DANA WAKAF PENDIDIKAN AL-ISYRAQ

PENGENALAN

Dana Waqaf Pendidikan adalah dana alternatif yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai pendidikan khasnya dalam pendidikan agama. Kesedaran mewujudkan dana ini adalah untuk memberi kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesungguhan dan minat dalam mendalami agama tetapi mempunyai kendala dari aspek kewangan.

Dana Waqaf Pendidikan juga adalah merupakan kesempatan terbaik dan lahan amal bagi penyumbang-penyumbang yang berkemampuan untuk menyisakan sedikit kelebihan yang mereka ada di jalan Allah.

Asas kepada Wakaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad saw (maksudnya):

“Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.”

Dari huraian hadis di atas, dapat diambil contoh akan aktiviti berasaskan wakaf dimana:

i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan

Antara contoh aktiviti wakaf dari hadis di atas adalah:

1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan

Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah 2:177 (bermaksud):
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada: [1] Allah, [2] Hari kemudian (Akhirat), [3] Malaikat-malaikat, [4] Kitab-kitab, [5] Nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada: [6] Kerabatnya [7] Anak-anak yatim , [8] Orang-orang miskin [9] Musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan [10] (Memerdekakan) hamba sahaya [11] Mendirikan sembahyang, dan [12] Menunaikan zakat; dan [13] Orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan [14] Orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan Mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

OBJEKTIF

1.      Memberi kesempatan dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam bidang agama tetapi mempunyai kendala dari segi kewangan
2.      Memberi ruang dan kesempatan untuk kita mempraktikal konsep kebersamaan dan saling berbagi
3.      Mewujudkan generasi pelapis negara yang mempunyai nilai-nilai agama dan moral yang tinggi dalam kehidupan sehari-hari

KUMPULAN SASAR

1.      Anak-anak yatim
2.      Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga dengan kerterbatasan ekonomi

Pemilihan kanak-kanak ini juga didasarkan kepada kesungguhan dan minat mereka sendiri dalam mendalami agama dengan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.  Di samping itu, pemilihan juga didasarkan kepada komitmen ibu bapa sendiri dalam memastikan kehadiran anak-anak mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh kelas pengajian Al Isyraq.

PEMBIAYAAN

            Untuk langkah permulaan, kami merencanakan dana waqaf ini terbahagi kepada dua iaitu :
1.      Dana Waqaf Individu
2.      Dana Waqaf Umum

Dana Waqaf Individu adalah dana yang digunakan untuk membiayai individu yang ditaja, dan ianya bersifat mengikat dan tertakluk kepada tempoh waktu. Yang dimaksudkan di sini adalah, pihak penyumbang terikat kepada jumlah yang tetap untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, biaya bulanan perindividu adalah sebanyak RM40 dan tempoh tajaan adalah selama 6 bulan atau setahun penuh. Setiap pembaharuan tajaan dapat dilakukan sebelum tempoh tajaan berakhir. Selain daripada itu, kami yang bertindak sebagai perantara juga berharap adanya pertemuan di antara pihak penyumbang dan penerima sebagai upaya untuk mengeratkan lagi silaturahmi selain motivasi tambahan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Dana Waqaf Umum pula adalah bersifat umum dan tidak mengikat. Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada penyumbang dan tidak ada batas waktu yang tertentu.
  
AHLI PEMEGANG AMANAH

Bagi memastikan kelancaran dana waqaf ini, pihak kami juga melantik pihak ketiga selaku pemantau dana ini. Ini bagi memastikan ketelusan dalam mengagihkan bantuan di samping sebagai penasihat teknikal dalam pemilihan calon pelajar serta pemeriksa kira-kira. Kami berbesar hati melantik Puan Nafizah binti Abdul Malik, Pemilik Pusat Jagaan & Transit Oo Lala, Taman Germuda. Pemilihan beliau berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan serta mempunyai visi yang sama dengan kami.


KEWANGAN

Bagi yang berminat ingin mengambil bahagian dalam waqaf pendidikan ini, bolehlah berurusan langsung dengan kami atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun :

            Bank                :  Maybank
            No akaun         :  163064128157
            Nama pemilik  :  Siti Maisarah binti Mohd Zukri


KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan kami, dengan adanya dana waqaf pendidikan ini dapat memberi lebih banyak peluang pendidikan agama kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Di samping itu, dana waqaf ini juga boleh menjadi saksi tali kasih kita saudara seagama. Semoga apa yang kita kerjakan ini, dipermudahkan Allah SWT.


Pengurus
Kelas Pengajian Al Isyraq
94 Lengkok Kledang Raya Taman Saz, 30100
Ipoh, Perak
05-5262508 / 013-9754238

www.isyraqniaga.blogspot.com

Sunday, November 24, 2013

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis khatam al-Quran untuk seorang pelajar yang bakal berpindah ke Sarawak minggu depan.. Itu yang ustaz duk pulun bagi dia habis jugak... Sempena hari terakhir beliau di sini, adalah sedikit jamuan dari keluarga beliau.. Saya tak ambik banyak gambar sebab hp satu lagi tertinggal.. Ni pun datang kelas tadi baru tahu yang ada majlis khatam... Tapi adalah sikit gambar yang sempat di ambil..


Antara juadah yang disediakan
-Nasi kuning lauk ayam dan ikan
-Puding pelangi double layer
-Telur
-Air tin lemon tea

Telur dan teh lemon ais


Ketika majlis khatam.. 
Nampak tak yang bertudung hijau tengah baca Quran kat meja depan.. Itulah yang diraikan :)

Alhamdulillah...
Moga Allah rahmatkan kita semua dengan al-Quran
Dan menjadikan al-Quran itu sebagai petunjuk dan penyuluh hidup kita 


NotaSarah: Maaf atas kualiti gambar yang teruk.. ^_^


Friday, November 22, 2013

PRAKTIKAL PENGURUSAN JENAZAH

 Assalam 

 Semalam dekat kelas mengaji ada praktikal macam mana nak uruskan jenazah..
Tak semua pelajar yang terlibat..
Ni khas untuk pelajar darjah 4 dan ke atas sebab ada tentang solat jenazah dalam silibus pendidikan Islam diorang.. Jadi dah alang-alang ustaz terus ajar macam mana nak uruskan jenazah dari mula hinggalah ke akhirnya.. bagi diorang tahu asas, nanti tak dek la tak tahu langsung..

Seperti mana yang kita tahu, menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah ke atas kita semua.. Tapi andaikata waktu tu tak dek orang yang nak uruskan dan hanya kita yang tahu, menguruskan jenazah tu adalah fardhu 'Ain ke atas kita.. 

Macam ustaz cerita semalam, pernah terjadi kat kawasan perumahan tu, ada seorang india yang baru memeluk Islam meninggal dunia tapi keluarga dia tak tahu.. Sebelum keluarga dia kalungkan mayat tu, sempat ahli-ahli masjid tu datang bagitahu yang si fulan ni dah masuk Islam, jadi jenazah dia kene uruskan mengikut cara Islam.. Ha.. Nak bagitahu tu kene ada keberanian jugak tuh.. huhuhu.. Jadi, fardhu 'Ain ke atas ahli-ahli masjid yang tahu tu, untuk uruskan jenazah si fulan tadi..


Dalam kit ni lengkap semua dengan peralatan menguruskan jenazah
Kain kapan, kapur barus, serbuk yang kaler kuning tu, tali, air mawar, kapas

Persediaan kain kapan..

Cara uruskan jenazah sebelum dimandikan
Haih, tersengeh2 itu budak.. kalau betul tu mau lari semua orang... Heheheh

Cara ukur kain kapan.. 

Pengurusan jenazah perempuan..
Ini jenazah beriman.. Semyum jah.. :)

Okeh, dah siap.. 
Hah, tangan di dada mata ke atas.. Hahahaha



Kedudukan ketika menyembahyangkan jenazah lelaki

Kedudukan ketika menyembahyangkan jenazah perempuan


Alhamdulillah..
Mereka semua faham
Dan dengan saya skali dapat manfaatnya..

Ini praktikal yang simple2 je la
Cuma nak bagitahu cara-cara nak uruskan jenazah
Tak dek la ustaz buat terlalu formal

Ada 3 perkara yang mengiringi jenazah ke kubur. Keluarganya, hartanya dan amalannya.. 2 perkara itu akan pergi setelah selesai pengebumian, yang tinggal hanya 1 iaitu amalan.. Moga segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah Taala.. Aaaameeennn :)


Sunday, November 17, 2013

Selamat Bercuti!!!



Cuti sekolah telah bermula!!
Macam-macam status naik kat fb tentang bercuti ni..
Ada yang nak pergi melancong luar negara, ada yang dalam negara aje..
Ada jugak yang hantar anak-anak ke maahad, ada yang hantar ke kem motivasi..
Ada yang suka sebab jalan raya lengang
Nak gi kerja pun tak jem katanya.. Hihihi

Guru-guru pula, ada yang happy, ada yang stress..
Ada yang kene siapkan kerja, meeting, jaga exam 
Ada juga yang dah boleh rehat-rehat

Para mummies yang duk ulang alik hantar anak ke sekolah pun mesti suka kan?
Dah tak yang nak berumah dalam kereta lagi
Boleh rilex-rilex layang cite koya  korea.. kikiki
Minyak pun jimat, ye dak? :)

Apa-apa pun situasi anda semua
Manfaatkanlah cuti ini sebaik-baiknya...
Hati-hati di musim hujan ni
Kalau ada sakit-sakit, demam ka cepat-cepat gi jumpa dokter ya...

Selamat bercuti, selamat beristirehat!! :))
Ustazah Maisarah tak dak cuti... sobss

p/s: 
Jeles weh tengok orang gi jalan-jalan... Cameron, langkawi pun jadi...... ;p
Kita duk umah jah tunggu budak mai mengaji..keh3



Saturday, November 16, 2013

KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ (KANAK-KANAK&DEWASA)

Ahamdulillah... 
8 bulan sudah usia Kelas Pengajian Al-Isyraq
Sikit-sikit perbaiki keadaan dan kemudahan kelas untuk keselesaan para pelajar

Mula-mula dulu duduk atas lantai dengan sebuah meja belajar yang kecil.
Hari ini, para pelajar dapat menikmati keselesaan dengan kemudahan yang serba sikit ini.
Sekarang kelas ini telah dilengkapi dengan meja, kerusi, karpet, air minum dan rak buku.

Bermula dengan kecil-kecilan begini
Insya Allah, bakal memiliki premis untuk kelas ini nanti
Doakan semoga Allah terus memudahkan urusan kami...

Sesiapa yang berlebihan dan ingin membantu kami memperbesarkan lagi kelas ini atau berminat untuk menghantar anak-anak atau diri sendiri yang berminat untuk menyertai kami, 
Boleh hubungi : 013-9754238 (Maisarah)

***********************


KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ,
SILIBIN, IPOH PERAK
Kelas Mengaji dan Fardhu 'Ain Untuk Kanak-kanak 

JADUAL A : Isnin-Selasa (9.00-10.30 pg)
JADUAL B : Rabu-Khamis (3.00-4.30 ptg)

Jumaat : Praktikal solat

YURAN : RM40 seorang














**********************************

KELAS MENGAJI DAN FARDHU 'AIN UNTUK DEWASA

JADUAL A: Rabu-Khamis (9.30-11.30 pg)
JADUAL B : Sabtu-Ahad (2.00-4.00 ptg)

YURAN : RM70 seorang