.:: Jom Ikut ::.

Saturday, November 30, 2013

Tutorial Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Assalam dan selamat berhari minggu semua!! 
Hari ini saya nak share cara-cara nak buat nasi tomato yang sangat mudah
Kadang-kadang kita rasa nak makan sedap2 tapi masa pulak tak banyak kan?
Jadi, masak cara simple-simple sudah.. Yang penting rasanya sedap..

Saya sangat suka makan nasi tomato ni..
Nasi boleh boleh la nak di makan dengan kuah masak merah atau pun gulai kari ayam
Kali ni saya share nasi tomato bersama ayam masak merah ala-ala kenduri..


Moh le kita bersiap-siap nak bersilat kat dapur nih... Hehehe


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK NASI :

2 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
3 sudu besar sos tomato - ada jugak orang guna tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

CARA-CARA MASAK NASI:

1) Panaskan butter bersama dengan minyak tadi
Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti

2) Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
Kacau sampai sebati dengan butter
Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu


3) Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato..
Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam..
Kacau sampai sebati


4) Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan


5) Masukkan garam 


6) Sedikit perasa

7) Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
Kacau bagi rata
Kemudian, masukkan dalam rice cooker

                                      
Siap!!!


Okey, skang meh saya tunjukkan cara nak buat ayam masak merah pulak
Resipi ni saya ambik dari blog kak Ana Suzana
Tapi ada lah part-part yang saya derhaka resipi
Ampun yaa.. Hehehhe
Hah, ni pun senang jugak
Tapi makan sedapppppp :)

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam - basuh dan tos

3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4


Bahan-bahan nampak je macam banyak tu.. Bendanya simple aje kan..

Okey, proceed..

CARA-CARA 

1) Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
Kemudian goreng separuh masak..
Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti
Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
Fahamkan??


2) Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang
Tumis sekadar bagi bawang tu layu tau..
Bukan tumis sampai hanget.. Kang ada yang tak makan pulak.. Hehehe


3) Masukkan bahan kisar
Kacau lagi bagi rata

4) Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
Gaul sampai rata dan pecah minyak



5) Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih 
Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya


Tadaaaa...
Senang je kan???
Maaf la gambar tak menarik sebab dah lapar sangat...Hahahah


Nasi tomato dan ayam masak merah ni boleh di makan bersama dengan acar timun
Time ni saya tak buat acar sebab lupa beli timun
Ada juga yang buat sambal belacan ebagai sampingan

Ha.. Tunggu apa lagi??
Selamat mencuba
Tak paham boleh tanya ye
Jangan malu jangan segan :)


NotaSarah: Maaf gambar tak menaik, itu sebab saya tak boleh nak buat blog masakan macam orang lain... Hahahahha




Sunday, November 24, 2013

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis khatam al-Quran untuk seorang pelajar yang bakal berpindah ke Sarawak minggu depan.. Itu yang ustaz duk pulun bagi dia habis jugak... Sempena hari terakhir beliau di sini, adalah sedikit jamuan dari keluarga beliau.. Saya tak ambik banyak gambar sebab hp satu lagi tertinggal.. Ni pun datang kelas tadi baru tahu yang ada majlis khatam... Tapi adalah sikit gambar yang sempat di ambil..


Antara juadah yang disediakan
-Nasi kuning lauk ayam dan ikan
-Puding pelangi double layer
-Telur
-Air tin lemon tea

Telur dan teh lemon ais


Ketika majlis khatam.. 
Nampak tak yang bertudung hijau tengah baca Quran kat meja depan.. Itulah yang diraikan :)

Alhamdulillah...
Moga Allah rahmatkan kita semua dengan al-Quran
Dan menjadikan al-Quran itu sebagai petunjuk dan penyuluh hidup kita 


NotaSarah: Maaf atas kualiti gambar yang teruk.. ^_^


Friday, November 22, 2013

PRAKTIKAL PENGURUSAN JENAZAH

 Assalam 

 Semalam dekat kelas mengaji ada praktikal macam mana nak uruskan jenazah..
Tak semua pelajar yang terlibat..
Ni khas untuk pelajar darjah 4 dan ke atas sebab ada tentang solat jenazah dalam silibus pendidikan Islam diorang.. Jadi dah alang-alang ustaz terus ajar macam mana nak uruskan jenazah dari mula hinggalah ke akhirnya.. bagi diorang tahu asas, nanti tak dek la tak tahu langsung..

Seperti mana yang kita tahu, menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah ke atas kita semua.. Tapi andaikata waktu tu tak dek orang yang nak uruskan dan hanya kita yang tahu, menguruskan jenazah tu adalah fardhu 'Ain ke atas kita.. 

Macam ustaz cerita semalam, pernah terjadi kat kawasan perumahan tu, ada seorang india yang baru memeluk Islam meninggal dunia tapi keluarga dia tak tahu.. Sebelum keluarga dia kalungkan mayat tu, sempat ahli-ahli masjid tu datang bagitahu yang si fulan ni dah masuk Islam, jadi jenazah dia kene uruskan mengikut cara Islam.. Ha.. Nak bagitahu tu kene ada keberanian jugak tuh.. huhuhu.. Jadi, fardhu 'Ain ke atas ahli-ahli masjid yang tahu tu, untuk uruskan jenazah si fulan tadi..


Dalam kit ni lengkap semua dengan peralatan menguruskan jenazah
Kain kapan, kapur barus, serbuk yang kaler kuning tu, tali, air mawar, kapas

Persediaan kain kapan..

Cara uruskan jenazah sebelum dimandikan
Haih, tersengeh2 itu budak.. kalau betul tu mau lari semua orang... Heheheh

Cara ukur kain kapan.. 

Pengurusan jenazah perempuan..
Ini jenazah beriman.. Semyum jah.. :)

Okeh, dah siap.. 
Hah, tangan di dada mata ke atas.. Hahahaha



Kedudukan ketika menyembahyangkan jenazah lelaki

Kedudukan ketika menyembahyangkan jenazah perempuan


Alhamdulillah..
Mereka semua faham
Dan dengan saya skali dapat manfaatnya..

Ini praktikal yang simple2 je la
Cuma nak bagitahu cara-cara nak uruskan jenazah
Tak dek la ustaz buat terlalu formal

Ada 3 perkara yang mengiringi jenazah ke kubur. Keluarganya, hartanya dan amalannya.. 2 perkara itu akan pergi setelah selesai pengebumian, yang tinggal hanya 1 iaitu amalan.. Moga segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah Taala.. Aaaameeennn :)


Wednesday, November 20, 2013

Hadiah Buat Ustazah

Hari ni agak awal saya pergi ke kelas mengaji..
Jam 7.55 malam dah ada kat dalam kelas.. Biasa pukul 8.00 malam baru sampai... 
Mentang-mentanglah rumah dekat kan....
Apalah ustajah ni.. teruk betul.. Hihihihi ;p

Seperti biasa saya masuk kelas, budak-budak duk bising main-main..
Duk gelak-gelak, sembang-sembang, lari-lari
Padahal dah banyak kali saya pesan, kalau ustazah lewat jangan bising dan baca Iqra' dulu
Tapi, stakat ni diorang angguk-angguk ustazahnya geleng-geleng.. huh..
Oh ya, saya ajar mengaji budak umur 7-9 tahun.. 
Dan dalam kelas saya ada seramai 15 orang pelajar
Memang padanlah dengan umur dan jumlahnya kan...
Tak leh nak marah sebab memang dah hobinya begitu..
Marah pun diorang sengeh je.. Pastu buat balik... huhuhu
Selain mengaji, ada jugak buat latihan jawi, hafazan doa dan ayat Quran

Berbalik kepada cerita masuk kelas tadi..
Masuk aje saya dalam kelas ada sorang pelajar ni panggil saya
Siap heret saya pergi depan kelas sambil bisik-bisik dengan kawan dia
Dalam fikiran saya ni, diorang mesti nak mengadu apa-apa
Biasalahkan budak-budak
Kawan ambik pemadam pun mengadu kat ustazah
Kawan tak nak bercakap pun mengadu kat ustazah
Kadang-kadang sampai tak terlayan ustazah dengan kamu nak oiiii..

Nora : Ustazah, kita nak bagi sesuatu kat ustazah
Saya : Ha? nak bagi apa? 
Nora : Kita nak bagi hadiah ni... 

Dia hulur bungkusan ini pada saya..

Saya: Terima kasih Nora.. Nanti ustazah bukak ya... (sambil fikir-fikir, apalah agaknya mende dalam bungkusan ni??)
Dia senyum sambil lompat-lompat ke tempat duduk dia
Saya meneruskan pembelajaran macam biasa
Walaupun kadang-kadang garang, ada jugak rasa tacing-tacing gittu.. Hihihi

Balik rumah, masa ni baru teringat nak bukak hadiah yang Nora bagi..
Cepat-cepat saya bangkit dan selongkar beg saya..
Dan...
Nak tahu apa dia bagi kat saya???

Jeng jeng jeng
.
.
.


Tuh dia... buku nota kepala boya..
Terkekeh2 saya gelak sorang-sorang dalam bilik.. Hahaha
Dulu saya pernah terima cloud9 dari seorang pelajar
Dah penyet-penyet pun cloud9 tu..
Oh anak didikku.... :)

Apapun pemberian mereka, saya sangat-sangat hargai..
Nilai hadiah itu tak penting
Yang penting keikhlasan dan penghargaan

Anak kecil itu menghargai penat lelah saya mengajarnya
Anak kecil itu ikhlas mengeluarkan duit poketnya untuk membeli hadiah ini
Moga anak-anak didik ustazah berjaya dunia dan akhirat..


Tuesday, November 19, 2013

Kisah Ahmad Ammar

Saya lihat,
Kisah pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia dalam kemalangan di kota Constantinople cukup memberi kesan kepada semua orang... Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak.. Saya sendiri sebak apabila membaca kisah anak muda ini... Bertambah sebak apabila melihat video di you tube.. Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya... Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya... "Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang syahid"

Ahmad Ammar, tenang di sana, dalam persemadian abadinya di pinggir kota Constantinople, di sisi Abu Ayyub al-Ansori r.a

Kisah arwah Ahmad Ammar boleh dibaca dan dilihat  di:


Sungguh,
Kematian itu adalah peringatan yang paling baik...

Al-Fatihah..

Monday, November 18, 2013

TASBIH FATIMAH SEBELUM TIDUR

Masa untuk tidur dan rehat
Tapi sebelum tu...


Kita maafkan orang-orang disekeliling kita yang telah menyakiti kita

dan...

Jom kita baca tasbih Fatimah dulu..
Apa tu tasbih Fatimah???

Subhanallah     33x
Alhamdulillah  33x
Allahuakbar     34x

Bolehlah kalian baca asal-usul tasbih Fatimah di bawah ni ye..
Selamat beramal :))


Fatimah r.ha anakanda Rasulullah SAW isteri kepada Saiyidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saiyidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi memohon mendapatkan seorang pembantu. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang.

Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi pada ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”

Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saiyidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah s.a.w, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor.Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.

Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.




Nota Sarah : 
Amalkan Tasbih Fatimah dengan istiqamah dan yakin setiap kali sebelum tidur, Insya'Allah akan berasa perbezaan setiap kali bangun tidur...


Sunday, November 17, 2013

Selamat Tidur :)


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU

~Selamat tidur :))

Selamat Bercuti!!!



Cuti sekolah telah bermula!!
Macam-macam status naik kat fb tentang bercuti ni..
Ada yang nak pergi melancong luar negara, ada yang dalam negara aje..
Ada jugak yang hantar anak-anak ke maahad, ada yang hantar ke kem motivasi..
Ada yang suka sebab jalan raya lengang
Nak gi kerja pun tak jem katanya.. Hihihi

Guru-guru pula, ada yang happy, ada yang stress..
Ada yang kene siapkan kerja, meeting, jaga exam 
Ada juga yang dah boleh rehat-rehat

Para mummies yang duk ulang alik hantar anak ke sekolah pun mesti suka kan?
Dah tak yang nak berumah dalam kereta lagi
Boleh rilex-rilex layang cite koya  korea.. kikiki
Minyak pun jimat, ye dak? :)

Apa-apa pun situasi anda semua
Manfaatkanlah cuti ini sebaik-baiknya...
Hati-hati di musim hujan ni
Kalau ada sakit-sakit, demam ka cepat-cepat gi jumpa dokter ya...

Selamat bercuti, selamat beristirehat!! :))
Ustazah Maisarah tak dak cuti... sobss

p/s: 
Jeles weh tengok orang gi jalan-jalan... Cameron, langkawi pun jadi...... ;p
Kita duk umah jah tunggu budak mai mengaji..keh3



Saturday, November 16, 2013

PERKONGSIAN: MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI

Sebelum melelapkan mata, jom baca apa yang ingin aku kongsikan ini...
Muhasabah diri sebelum kita lena yang sementara...
Istighfar, Astaghfirullah.. Moga Allah ampun dosa hari ini..
Bimbang juga kalau lena untuk selamanya..

Sama-samalah kita perbaiki hidup kita ke arah yang lebih baik..
Kita manusia berakal.. Boleh berfikir...

Yok, bagi cas positif dalam diri!!!

Satu perkongsian, moga memberi manfaat pada akhi wa ukhti fillah semua..
Selamat menimba ilmu, selamat membaca, selamat semuanya ya...
Selamat malam.. good night... Tusbihu 'alal khair :)

-Pahrol Mohd Juoi-



KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ (KANAK-KANAK&DEWASA)

Ahamdulillah... 
8 bulan sudah usia Kelas Pengajian Al-Isyraq
Sikit-sikit perbaiki keadaan dan kemudahan kelas untuk keselesaan para pelajar

Mula-mula dulu duduk atas lantai dengan sebuah meja belajar yang kecil.
Hari ini, para pelajar dapat menikmati keselesaan dengan kemudahan yang serba sikit ini.
Sekarang kelas ini telah dilengkapi dengan meja, kerusi, karpet, air minum dan rak buku.

Bermula dengan kecil-kecilan begini
Insya Allah, bakal memiliki premis untuk kelas ini nanti
Doakan semoga Allah terus memudahkan urusan kami...

Sesiapa yang berlebihan dan ingin membantu kami memperbesarkan lagi kelas ini atau berminat untuk menghantar anak-anak atau diri sendiri yang berminat untuk menyertai kami, 
Boleh hubungi : 013-9754238 (Maisarah)

***********************


KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ,
SILIBIN, IPOH PERAK
Kelas Mengaji dan Fardhu 'Ain Untuk Kanak-kanak 

JADUAL A : Isnin-Selasa (9.00-10.30 pg)
JADUAL B : Rabu-Khamis (3.00-4.30 ptg)

Jumaat : Praktikal solat

YURAN : RM40 seorang














**********************************

KELAS MENGAJI DAN FARDHU 'AIN UNTUK DEWASA

JADUAL A: Rabu-Khamis (9.30-11.30 pg)
JADUAL B : Sabtu-Ahad (2.00-4.00 ptg)

YURAN : RM70 seorang