.:: Jom Ikut ::.

Monday, December 31, 2012

Nafas Baru

2012 bakal berlalu dengan penuh suka dan duka. Ceritaria hidup yang takkan pernah dilupakan..

Moga 2013 akan memberi nafas baru dan kebahagiaan untuk semua orang

Tiada azam baru.. Hanya ingin menampung compang camping azam lama.. Yang baru itu, biarlah ia datang sendiri

2013 juga bakal merubah status kehidupan ku.. Berharap menjadi seorang isteri yang sentiasa menyenangkan suami. Harapan untuk menjadi seorang ibu jua ^_^

Ya Robbi, permudahkanlah perjalanan kami :)

Jualan Dari Bumi Jordan

Salam korang
Sempena saya nak balik Malaysia ni
sukanya saya ingin menjual barang-barang yang made in Jordan
Dan susah nak dapat kat Malaysia
Kalau ada pun mungkin mahal


Insya Allah saya akan pulang ke Malaysia pada
14 JANUARI 2013
Dan akan tiba di Malaysia pada
15 JANUARI 2013
Jadi semua PENGHANTARAN akan dibuat SELEPAS tarikh itu

Jadi, sape-sape yang berminat boleh la  WHATSAPP  saya kat no ni
+6 013-9754238 (CELCOM)
# JANGAN hantar melalui mesej tahu sebab no ni untuk whatsapp sahaja

Atau
Boleh private msg kat FACEBOOK saya

Semua harga yang dipaparkan ini adalah EXCLUDE POSTAGE
POSTAGE will be via POS LAJU MALAYSIA
ON 16th of JANUARI 2013

RM6 = 1-3 Items
RM8 = 4-6 Items
RM10 = 7 Items ke atas

Untuk Sabah dan Sarawak:
RM9 = 1-3 Items
RM12 = 4-6 Items

Payment via BANK-IN method
(CIMB, HSBC, MAYBANK)

SERIOUS BUYER ONLY!!

Untuk tempahan, sila bagi :

1) NAMA PENUH
2) ALAMAT
3) NO TEL
4) KOD DAN JUMLAH ITEM



KOD: S001
RM 20

SABUN ASLI DARI BUAH ZAITUN
* Buatan tangan dari sebuah kampung di Jordan
* Boleh digunakan di badan dan rambut
* Aku guna je kat muka, stakat ni ALhamdulillah
* Sebagai pembasmi kuman




KOD: S002
RM 18

ASLI DARI LAUT MATI, JORDAN
*Sabun badan dan muka
* Melicin dan mencerahkan kulit serta menghilangkan gatal-gatal
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* RECOMMENDE: Pada sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering



S003
RM 20

ASLI DARI LAUT MATI, JORDAN
* Scrub khas untuk badan
* Tapi ada je kawan-kawan guna untuk muka
* Kegunaan lain : Sebagai make-up remover
* NATURAL dari laut mati, Jordan



S004
RM15

ASLI DARI LAUT MATI, JORDAN
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Menanggalkan sel kulit mati
* 2 in 1



S005
RM 16

ASLI DARI LAUT MATI, JORDAN
* Sabun lumpur hitam laut mati, Jordan
* Untuk badan dan muka
* Elok untuk kulit kering dan gatal
* Memutih dan melicinkan kulit



Z001
RM 12

Air Za'faran
Kegunaan dan kelebihannya sama dengan minyak Za'faran

Untuk kegunaan hariah, kesihatan dan kecergasan badan:
Titik 1 dalam segelas air suam
Minum waktu pagi.. Insya Allah

Kalau nak letak dalam botol air besar pun boleh

Berbau sangat wangi :)











Berminat?
Boleh whatsapp pada no di atas
atau
PM kat facebook seperti link di atas

SERIOUS BUYER ONLY!!

TERIMA KASIH :))


Sunday, December 30, 2012

Nasi Jagung


Wallaweiii, Nasi mende la gini nih.. Keh3
Nasi jagung dok jadi
Sebab warna dok menarik perhatiang langsung.. Wakakaka

Ni gambar fresh dari periuk
Sepatutnya warnanya sekuning jagung
Tapi disebabkan kordial jagung dah habis
Dan kat Jordan ni tak dok jual, aku ganti ngan kunyit
Itu yang jadi warna macam ni

Rasanya??
Mabeles kot ye.. Wahahaha

Nasi ni sedap makan ngan ayam masak merah
Tapi ade je makan ngan gulai ayam

.
.
.

Ini resipi ambik dari mak aku
Kira turun temurun la kot
Meh aku share
Senang je ni..

BAHAN-BAHAN:

~ Beras - ikut la banyak mana nak buat nasi

~ Minyak jagung - untuk tumis

~ 4 biji bawang merah - kisar

~ 2cm halia - kisar

~ 4 ulas bawang putih  - ketuk

~ 1 biji bawang besar - mayam

~ 1 tin jagung

~ kulit kayu manis, bunga lawang

~ 1 cawan susu cair

~ Daun pandan


CARA-CARA:

* Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar sampai naik bau

* Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai garing

* Masukkan jagung

* Masukkan daun pandan dan susu cair - bagi mendidih kejap

* Kemudian masukkan air mengikut sukatan beras

* Last skali masukkan beras


Oyyeee.. Siap!!
Senang kan?

SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, December 29, 2012

Home Made Roti Canai

Alhamdulillah..
Rasa nak makan roti canai
Allah bagi rezeki

Nak tunggu orang jual lambat sangat
Jadi, search la resipi kat google
Nak buat tu nampak cam senang je pun
Cuma time menguli tu jelah cam susah sikit
Act, bukan susah cuma lenguh tangan
Sebab kene uli lama n kene tekan kuat
macam nak buat roti pizza tuh

Aritu timah yang volunteer nak uli
Ahh, lega..wakakaka
Tq Timah

Meh aku share resipi

.
.


SUMBER: My Resipi

- 1kg tepung gandum - aku buat 2kg

- 1 1/2 cawan air

- 1 biji telur

- 1 sudu besar gula

- 1 sudu besar garam

- 1 sudu besar susu pekat manis

- Mentega - aku guna minyak je


CARA-CARA:

* Campur air, garam, gula, telur dan susu

* Masukkan dalam gandum dan gaul rata - kalo tak cukup air pandai2 tambah

* Mula-mula uli 10 minit

* Kemudian biarkan doh tu 5 minit (rehat)

* Then sambung uli balik 10 minit smapai hilang ketul2 dan jadi licin







Kemudian korang buat la bulat-bulan cam gini
Dah siap buat bula-bulat tu sapu ngan minyak

Biarkan doh tu selama 4 jam
Dia akan jadi kembang macam lam gambar tu



Lepas empat jam start tebar
Kemudian lilitkan jadi bulat cam kat atas tu
Ini kalau nak buat roti caai kosong la

Kalau nak buat roti telur
Lepas tebar terus letak telur n masak



Taraaaaaa
Cicah ngan kuah kari atau sambal bilis
Aku juz makan ngan gula cukup
Mabeless

Selamat mencuba!!! :)


NotaSarah: Thanks my luvly osmets ARINI WAZNAH ( tolong buat bulat2), FATIMAH AZZAHRA  (tolong uli tepung) dan NASIBAH ( tolong tebar)

Kenangan terakhir sebelum meninggalkan Bayt Full House


Alhamdulillah


Lepas Dua Tahun Setengah Baru Jumpa



Oyye3!!
Akhirnyaaaaaa...
2 tahun setengah duk Jordan baru jumpa ni tahu

Hari tu kami pi jaulah MU (Batch tahun 3)
Ke Aqabah
Cerita pasal Aqabah boleh tengok sini --> AQABAH MALI!!!

Dalam keadaan penat
Kaki sakit
Kami masih tegar mencari kedai ikan nih
Jalan punya jalan
Panjat punya panjat
Akhirnya kami nampak kedai makanan laut

Vavavava
Rase nak melompat time tu jugak
Memang gelojoh la
Rambang mata kot nak pilih ikan
Macam-macam jenis ikan ada

Jalan lagi carik kedai lain
Jumpa ketam
Apa lagi rembat la sampai tak cukup.. keh3
Lepas tu ternampak pulak ikan selar ni
Terus angkat laaa

Sotong dan udang pun ada
Tapi tak snap gambo lagi
Harga tak yah tanya
Mende susah nak dapat pastinya berharga kan
Demi perut dan selera, kami sanggup
Share duit, jadi tak dek la mahal sangat pun
Boleh lagi la..

Alhamdulillah
Lepas ni kalau gi Aqabah tau dah la nak tuju kat kedai mana
*errkk, boleh ke pi lagi???*


Friday, December 28, 2012

Peneman Setadi


Beginilah keadaan aku bila study subject yang berat-berat
Laptop for sure tak leh tinggal sebab cari makna kat google translate
Botol air pink tu pemberi tenaga tau.. Keh3
Maggi?? Hahaha, kita, kalau tensen mesti rasa lapar kan
Bila lapar mesti tak leh nak study
Bila tak leh nak study, ngapal pun tak masuk kan
So, itulah pengisi perut yang kriukkkkkk
Tapi tak dek la selalu.. kekadang je..

Nota tu opkos la wajib ada kan
Aku ni bukan jenis suka baca yang dalam buku
Rasa macam banyak je nak kene baca
So, bila buat nota tu, at least rasa ringan sikit beban nak ngapai tu
Faham tu mesti dah kene faham kan
*bape banyak kan da.. hehehe*
Bila sampai part yang tak faham yang dah tak reti nak reka ayat
itu yang kene ngafal buto je.. Keh3

Final aku start 3/1/2013-12/1/2013
Doakan aku tau
Gentar tahu...


NotaSarah: Jeles adik gi bermadu bulan kat ISTANBULLLL

Thursday, December 27, 2012

Journey Of Bride-To-Be : DIY: Flower Gifts

Dalam kesibukan nak exam
Dan menyiapkan assignment
Aku masih cuba mencuri-curi masa nak buat gift untuk tetamu
Terpksa la kan
Kang buat kat Malaysia tak sempat pulak

Aku tak buat banyak pun
Dah cakap kat mak setakat yang mampu je lah
Mana la kan..
Nak ngemas barang lagi, nak study lagi
Tambah-tambah bahan-bahan nak buat semua ni limited
Tak macam kat Malaysia semua ada

Jadi,
Sekadar yang termampu sudaaaa




Ni aku buat untuk bagi kat kawan-kawan adik aku
Comey lakan untuk remaja
Nanti aku taruk lidi
Kat lidi tu buh cekelat
Settle



Bunga tisu ni untuk kawan-kawan aku
Saudara mara terdekat
Kawan-kawan baik mak ayah aku

Pada mulanya aku buat guna tidu putih
Pastu kene sembut cat mende yang kita suka lah
Aku rasa macam buang masa lah pulak

Aritu kebetulan gi Amman (bandar besar)
Jalan-jalan sane memang nak cari tisu warna macam kat atas tu
Punya lah susah nak carik kat Jordan ni
Kat Mu'tah ni mane nak ade menatang gitu
Terpaksa la redah perjalanan 4 jam tahu
Nampak tak kesungguhan aku.. Keh3
Sapa-sapa yang dapat ni, tak hargai, memang siap laaaaaaa *karate*

Yang kat atas tu baru siap sikit
Sehari buat
Time tu kepala memang pening gila
Siap muntah-muntah aku
Hangennnn

Tapi tak pa lah
Perlahan-lahan, siap la tu nanti

Korang kalau nak buat ni, buat la awal2
Nanti leh dapat banyak
Untung

Tisu kat Malaysia murah
Kat sini mahal
Tapi apakan daya
Kekangan masa
Terpaksa la kan
*Senyummm*

Wokkehss
Aku nak sambung study
*chowwww*

Wednesday, December 26, 2012

WW: Graduation Day


Alhamdulillah3
Syukur dengan penantian selama 2 tahun setengah
Tapi, hati masih berdebar-debar
Ye lah.. Final exam pun tak abes lagi
Tibe2 dah konvo.. huk3

Keadaan di Jordan ni memang kontra sangat lah ngan Malaysia
Setiap semester ada konvo
Konvo pulak sebelum final exam

Tak tengok mase hari konvo tu lagi
Tak dek dah adat istiadat
Main hentam je

Depa joget
Bersorak
Ntah pape 



Kat depan pintu masuk dewan
Simple macam ni je
Ini student yang buat
Persiapan dewan semua student yang buat



Haaa..Ni lah suasana dewan time konvo
Beza kan ngan kat Malaysia
Yang tepi-tepi berdiri tu semua student yang datang tengok
Tak dak tempat duduk, berdiri je lah
Kat luar mungkin ramai lagi kot

Apapun, sangat enjoy walaupun tanpa family tersayang
Thanks to ahli rumah yang sudi datang
Susah payah bagi hadia
Sahabat2 yang meraikan bersama

Tq jugak buar family
Terutama ma n ayah 
Yang banyak susah payah selama saya di sini
Supoort saya tak kira masa
Doakan saya
Adik tersayang

Terima kasih semua....
Doakan untuk final examinations pulak
Hope suma baik2 aja :)

.
.
.
.
.



























Craving For Mandy Rice



Vavavava...
Perut lapar bergendang-gendang
Pekena mandy rice versi Yaman memang best laaaa




Monday, December 24, 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Selesai sudah haflah khirij wafidin (convocation day)

Walaupun begitu...

.
.
.

Ini bukanlah pengakhiran
Bahkan ianya satu permulaan



NotaSarah: Road to final examination

Nanti ada masa aku upload gambo :))

Saturday, December 22, 2012

Ikhlaslah Mencintai

''cintailah dia dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan balasan
usah bimbang, kita pasti akan mendapat lebih dari yang di harapkan

Justeru itu, belajarlah berkorban
pengorbanan tak dapat diukur dalam ap jau bentuk, sekalipun dengan wang ringgit
Jadi, haruslah ikhlas dalam memberi dan menerima...

.
.
.

aku masih belajar untuk jadi ikhalas... malah lebih ikhlas

Thursday, December 20, 2012

I Wish I Wish I Wishhhhhh..


Lawaaaaaaa
Arghhh.. Dah jatuh chenta ngan design ni..

Makkkkkkkkk
Kakak nak ni boleh??? *blink2*

Err.. boleh lagi ke mintak ngan mak??
Hehehe.. Tak malu.. *tutup muka*

Awakkkkkk..
Saya nak ni satu boleh??? ^_^


Alhamdulillah, Confirmed!!

Alhamdulillah
Akhirnya, dah confirmed tiket flight
Dan dapat harga yang lebih murah nak berbanding flight lain
Banyak jugak la beza harga


Pada asalnya nak naik direct flight je 
Harga dalam RM1980 sehala
Memang berbaloi sebab tak transit
Tapi, macam agak rugi
Sebab tak leh la nak rasa naik flight lain

Survey lagi
Kuwait Airways
RM1799
Transit 12 jam kat Kuwait
Dapat hotelDah pernah naik sebelum ni

Survey lagi
Egypt Air
RM1899
Transit 12 jam kat Cairo
Asal nak ambik ni sebab nak jumpa kawan kat Mesir
Bila duk fikir balik,
Depa kat sana ngah exam
So, tak jadi

Last survey
Oman Air
RM1350!!
Ha... Terus la booking

Lagipun kali ni bukan balik sorang-sorang
Balik ramai-ramai
Tak la bimbang sangat kan


14 Januari 2013
17:40 pm - dept at Queen Aliaa International Aiport
11:50 pm - arr at Muscat, Oman

9:30 am - dept Muscat, Oman

15 Januari 2013
8:15 pm - arr at Kuala Lumpur International Airport

Allahumusta'aan



Kalam Tuan Presiden

Sebelum salahkan suara pensyarah perlahan ketika mengajar
Tanyakan pada diri 
kenapa aku duduk di barisan belakang??

Sebelum berkecil hati dengan pensyarah yang marahkan anda kerana tersengguk-sengguk
Tanyakan kepada diri
Kenapa aku tidur pada lewat malam??

Sebelum 'memaki-hamun' di dalam hati akibat dihalang dari masuk kuliah
Tanyakan pada diri
Kenapa aku lebih lewat dari guruku??

Sebelum melabelkan pensyarah mengajar tidak jelas
Lalu aku tidak faham
Tanyakan pada diri
Kenapa rakan aku boleh faham??
Dan kenapa aku tidak bertanya ketika dalam kuliah??

Sebelum cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain
Tanyakan pada diri
Apa yang aku lakukan ketika mereka mengulangkaji??

Sebelum merayu-rayu dengan air mata supaya markah ditambah
Rayulah diri sendiri
Agar lebih juhud dalam pelajaran

Sebelum menyesal dengan masa 4 tahun berlalu dengan sia-sia
Mulakan usaha pada hari ini
Masih belum terlewat

~ Kejayaan hanya akan bermula apabila anda berhenti menyalahkan orang lain dan mula mempersoalkan diri sendiri ~


Ihsan Fadhli Bin Che Min
Hasan Husaini
President 
Persatuan Mahasiswa Mu'tah Jordan
Universiti Mu'tah, Jordan


KalamSarah: 

Sentiasa lihat kesilapan diri... Jangan asyik nak menyalahkan keadaan.. Suasana di sini tak sama dengan suasana di Malaysia.. 

Kalau asyik nak merungut, sila lah beli tiket balik Malaysia dan kargo barang anda secepat mungkin.. Yang asyik dengar rungutan 'kau' tu aku.. heh, paneh telingo ni ha...





Mencari Destinasi Di Tuju

Tatau nak wat tajuk hape
Rasa macam dah buntu
Nak rest sesangat b4 final ni
Kepalani dah mikior macam-macam

Persiapan exam
Persiapan nak balik
Persiapan kawen.. erkkk

Insya Allah lepas kelas hari ni nak gi Amman
Singgah kejap kat laut mati
Nak cari sabun laut mati orang kirim
Kat amman nak cari jubah
Pun orang kirim

Insya Allah
Doakan perjalan kami pergi dan balik :)

Tuesday, December 18, 2012

Exam Quran



Salam..
Hari ni aku ada final exam tilawah dan hafazan
Doa, moga DIA mudahkan

Sungguh,
Senang untuk menghafaz tapi sukar untuk menjaga
Moga dapat jaga apa yang aku hafazkan ini

Monday, December 17, 2012

Kenangan Musim Sejuk

Alhamdulillah, tahun ke tiga merasa musim sejuk di negara orang
Dah pasti setiap tahun rasanya berbeza-beza

Tahun pertama di Jordan, 2010
Tunggu salji tak turun-turun
Yang turun hanyalah frost
Itu pu dah excited giler
Terus upload gambar dalam facebook..Kah3

Masa tahun 2011 ni memang sejuk dia lain macam sikit
Itu kata senior la
Kami yang baru datang waktu tu memang tak tau pape
Duk melangguk tunggu salji turun
Sampai la waktu tu dah masuk bulan 5
Bunga dah tumbuh, tapi still sejuk sampai ke tulang
Agaknya salji mogok kot.. Keh3

Masa tahun dua di jordan, 2012 lain pulak ceritanya
Panas rasa panjang je waktu tu
Panas yang perit
Hah, sape2 yang ambik fasal soifi tu tahu lah keadaannya
Rupa-rupanya Allah nak gantikan salji tahun lepas yang tak turun2

3 kali salji turun waktu tu
Kali pertama tak sempat pun nak main
Sebab kat Mu'tah tak turun lebat pun
Kat Maza je yang lembat time tu, tapi tak sempat pun nak pergi
Agak kecewa la kot kan

Lepas tu cuaca mula panas
Kata dalam hati, memang tak merasalah salji
Tapi, selang beberaa hari salji turun lagi.. Agak lebat la
Terus siap-siap pi Masjid Maza semata-mata nak main salji.. Kah3
Tak kira dah sejuk
Dah puas main tu baru terasa menyengat kat tangan
Tunggu pak cik van datang ambik lambat pulak
Berpeluk-peluk tahan sejuk.. Hak3



Time ni frost baru
Dalam pasu pokok serai
Tak dek harapan nak hidup dah serai ni.. Wakakaka



Snowman pertama masa second salji
Entah pape
Biasa la.. Mase tu mane nak banyak salji
Ni pun gi kutip kumpul-kumpul.. Hahahaha

Kadang takut lak ai nengok snowman ni
Dah macam hape je.. Wakakaka



Mengabdikan nama di atas salji
Adakah ini yang terakhir??



Oyyyeee.. Akhirnyaaa
Dapat gak buat snowomen yang cantik
Setelah beberapa kali berusaha
Nasibah kate lenguh golek salji.. kikiki

2013??
Ade tak eh rasenyer salji??
Aitu dengar cite pertengah bulan 12 ni jangka turun
Memang cuaca skang tak menentu
Ada kala sejuk melampau
Ada kala panas je

Urm..
Aku memang dah tak berkesempatan la nak rase
Biasa salji turun bulan 2 kat sini
So, hope adik-adik enjoy ngan salji nanti
Dah ramai yang mula tanya tu


Nota Sarah: Flight aku 14/1/2013