.:: Jom Ikut ::.

Showing posts with label Dapur Maisarah. Show all posts
Showing posts with label Dapur Maisarah. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Tutorial Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Assalam dan selamat berhari minggu semua!! 
Hari ini saya nak share cara-cara nak buat nasi tomato yang sangat mudah
Kadang-kadang kita rasa nak makan sedap2 tapi masa pulak tak banyak kan?
Jadi, masak cara simple-simple sudah.. Yang penting rasanya sedap..

Saya sangat suka makan nasi tomato ni..
Nasi boleh boleh la nak di makan dengan kuah masak merah atau pun gulai kari ayam
Kali ni saya share nasi tomato bersama ayam masak merah ala-ala kenduri..


Moh le kita bersiap-siap nak bersilat kat dapur nih... Hehehe


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK NASI :

2 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
3 sudu besar sos tomato - ada jugak orang guna tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

CARA-CARA MASAK NASI:

1) Panaskan butter bersama dengan minyak tadi
Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti

2) Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
Kacau sampai sebati dengan butter
Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu


3) Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato..
Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam..
Kacau sampai sebati


4) Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan


5) Masukkan garam 


6) Sedikit perasa

7) Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
Kacau bagi rata
Kemudian, masukkan dalam rice cooker

                                      
Siap!!!


Okey, skang meh saya tunjukkan cara nak buat ayam masak merah pulak
Resipi ni saya ambik dari blog kak Ana Suzana
Tapi ada lah part-part yang saya derhaka resipi
Ampun yaa.. Hehehhe
Hah, ni pun senang jugak
Tapi makan sedapppppp :)

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam - basuh dan tos

3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4


Bahan-bahan nampak je macam banyak tu.. Bendanya simple aje kan..

Okey, proceed..

CARA-CARA 

1) Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
Kemudian goreng separuh masak..
Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti
Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
Fahamkan??


2) Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang
Tumis sekadar bagi bawang tu layu tau..
Bukan tumis sampai hanget.. Kang ada yang tak makan pulak.. Hehehe


3) Masukkan bahan kisar
Kacau lagi bagi rata

4) Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
Gaul sampai rata dan pecah minyak



5) Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih 
Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya


Tadaaaa...
Senang je kan???
Maaf la gambar tak menarik sebab dah lapar sangat...Hahahah


Nasi tomato dan ayam masak merah ni boleh di makan bersama dengan acar timun
Time ni saya tak buat acar sebab lupa beli timun
Ada juga yang buat sambal belacan ebagai sampingan

Ha.. Tunggu apa lagi??
Selamat mencuba
Tak paham boleh tanya ye
Jangan malu jangan segan :)


NotaSarah: Maaf gambar tak menaik, itu sebab saya tak boleh nak buat blog masakan macam orang lain... Hahahahha




Sunday, May 12, 2013

Resipi Nasi Jagung Versi Mak Saya

Harini tak dek mende-mende nak buat kat rumah ni
Jadi, aku nak share resipi nasi jagung 
Sebenarnya dah 3 hari lepas buat ni
Tapi saje baru nak share ngan korang.. Hehehe
Sempena hari ibu * hari-hari sayang ma okey*

Dulu, ma selalu gak wat nasi jagung ni..Sedap..
Betullah kata orang
Masakan yang paling best adalah masakan mak kita.. Kan3
Makkkkk, nak balikkkkkk.. Sobs ;((

Kalau ma, dia akan buat nasi jagung ni ngan ayam masak tomato
Sebab adik-adik aku ni, kalau gulai deme dok suke mane
Tapi aku nak share nasi jagung ngan gulai ayam
Best jugok, sape kate dok best... Hahahahaha


Ini Nasinya

RESIPI NASI
(Ikut aku punya sukatan la.. Untuk 2 orang makan)

2 pot beras - rendam 1/2 jam bagi dia lembut dan bleh naik gembur
1 biji bawang besar - mayam
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inc halia - kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu butter
2 sudu minyak jagung - aku tak guna sebab tak dek. Guna minyak biasa je
1 tin kecil jagung
Pewarna kuning - aku ganti ngan serbuk kunyit ja
Garam
Daun pandan


- Panaskan butter
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buha pelaga
- Masukkan bawang mayang
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan daun pandan
- Masukkan jagung
- Tumis sampai garing dan naik bau
- Kemudian masukkan beras dan air ikut sukatan beras yang kita guna tadi
- Bubuh garam secukup rasa dan pewarna.. Kacau
- Masak guna rice cooker



Ini gulainya
Maaf ye, gambar 3rd class.. Wahahaha
Benornya nak tunjuk ade ayam, ade kulit kayu manis, ade ubi kentang.. tu je.. ;p


RESIPI GULAI

Ayam
2 biji kentang
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang merah kisar
1 inc halia - kisar
2 paket rempah ayam daging cap bunga ros
2 sudu rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Santan
Air asam jawa
Garam

- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang
- Tumis bahan kisar yang dicampur bersama rempah. Tumis sampai garing dan naik bau
- Masukkan ayam dan gaul rata.. Biar seketika
- Bila dah nampak kuar air ayam tu, masukkan air asam jawa
- Masukkan sedikit air dan santan
- Last skali masukkan ubi
- Siap dihidang


Selamat mencuba :))

Saturday, May 11, 2013

Resipi Mee Kari

Dua tiga hari ni rasa nak makan mee kari
Nak cari kat Ipoh ni, aku tak tau tempat kat mana
Sudahnya, search resipi, wat sendiri la
Boleh la dari tak sedap langsung... Kikiki

Jadi, bermulalah agenda membuat mee kari
Dengan gigihnya petang smalam sambil jogging 
pergi cari bahan nak buat mende alah ni
Pastu boleh pulak ada barang yang lupa beli.. ayyaaaa

So, ingat masa lepas kelas nak gi memborong yang lupa tu
Skali baru tringat uncle india tu tutup kedai kul 10
Aku lak abes kelas pukul 10
Terus msg suami mintak tolong dia beli
Skali suami balas tak sure pulak balik kul brape
Adehhhh....

Lepas kelas tu, aku tawakkal je lah gi kedai uncle
kalo uncle tak bukak, aku ingkar je lah resipi tu
Fuhhh, uncle tu ngah baiki lampu kedai dia
So, tak tutup lagi la.. Rezeki.. Kikiki
Berkobar-kobar nih nak masak mee kari

Balik tu terus siapkan bahan2 kisar
Ingat nak masak kuahnya malam smalam
Disebabkan kepala ni dari petang tu dah berdenyut denyat
Aku batalkan hasrat
Terus masuk tidur

Ini pagi punya projek
Dengan kepala yang sedikit weng, ku teruskan jugak acara masak ni
Dah nak makan sangat kan..
Hambek kau...

Okeh, ini al-hasil 1 jam setengah masak pagi tadi
Tak do lah istimewa mane
Tapi boleh la untuk makan sendiri tu.. hihihi


Ni bahan-bahan tambahan
Penyedap jah ni..
Telur rebus, taugeh, Tauhu goreng, bawang goreng, limau kasturi, daun bawang


Ni kuah karinya
Dalam tu ada ayam, fish ball dan fish cake
Kerang aku tak taruk
Mana mau carik itu kerang malam2 maaaa...


Mee kuning yang macam tak berapa nak kuning sangat


Okeh, dah melalut panjang kan
Meh aku share resipi
Sape rajin boleh buat
Pastu makan puas-puas.. Hehehehe



RESIPI MEE KARI

Resipi : Kak Yati


8 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering - kisar ( aku guna 5 tangkai ja.. tak suka pedas sangat)
1 cawan udang kering - rendam dan kisar ( aku guna setengah cawan)
1 cawan serbuk kari daging babas
1 biji santan (aku guna santan kotak)
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
3 keping asam keping (aku guna 2 je, masam nanti)
garam dan gula
kerang
10 ekor udang
1/2kg daging - (udang, kerang n daging ni aku ganti ngan ayam potong kecik2)
fish ball
tauhu - goreng dulu

Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun
Telur rebus
Tauhu goreng
Bwang gorang
Taugeh
Daun bawang/daun sup
Limau kasturi
Cili jeruk - kalau suka la

- Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
- Masukkan serbuk kari daging yang dah dicampur dengan air, serai, lengkuas dan halia
- Masukkan air dan biar ia mendidih
- Masukkan daging ( aku ganti ngan ayam)
- Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar ia merenih
- Masukkan udang, kerang dan fish ball ( aku guna fish ball n fish cake je)
- Masuukan garam dan gula secukup rasa
- Masukkan tauhu 
- Biarkn ia mendidih
- Sedia utuk dihidangkan

p/s : untuk mendapatkan rasa dan aroma yang enak, boleh perah limau kasturi. Kalau nak pedas, boleh makan ngan cili jeruk

Selamat mencuba ya kawan-kawan :))





Sunday, December 30, 2012

Nasi Jagung


Wallaweiii, Nasi mende la gini nih.. Keh3
Nasi jagung dok jadi
Sebab warna dok menarik perhatiang langsung.. Wakakaka

Ni gambar fresh dari periuk
Sepatutnya warnanya sekuning jagung
Tapi disebabkan kordial jagung dah habis
Dan kat Jordan ni tak dok jual, aku ganti ngan kunyit
Itu yang jadi warna macam ni

Rasanya??
Mabeles kot ye.. Wahahaha

Nasi ni sedap makan ngan ayam masak merah
Tapi ade je makan ngan gulai ayam

.
.
.

Ini resipi ambik dari mak aku
Kira turun temurun la kot
Meh aku share
Senang je ni..

BAHAN-BAHAN:

~ Beras - ikut la banyak mana nak buat nasi

~ Minyak jagung - untuk tumis

~ 4 biji bawang merah - kisar

~ 2cm halia - kisar

~ 4 ulas bawang putih  - ketuk

~ 1 biji bawang besar - mayam

~ 1 tin jagung

~ kulit kayu manis, bunga lawang

~ 1 cawan susu cair

~ Daun pandan


CARA-CARA:

* Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar sampai naik bau

* Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai garing

* Masukkan jagung

* Masukkan daun pandan dan susu cair - bagi mendidih kejap

* Kemudian masukkan air mengikut sukatan beras

* Last skali masukkan beras


Oyyeee.. Siap!!
Senang kan?

SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, December 29, 2012

Home Made Roti Canai

Alhamdulillah..
Rasa nak makan roti canai
Allah bagi rezeki

Nak tunggu orang jual lambat sangat
Jadi, search la resipi kat google
Nak buat tu nampak cam senang je pun
Cuma time menguli tu jelah cam susah sikit
Act, bukan susah cuma lenguh tangan
Sebab kene uli lama n kene tekan kuat
macam nak buat roti pizza tuh

Aritu timah yang volunteer nak uli
Ahh, lega..wakakaka
Tq Timah

Meh aku share resipi

.
.


SUMBER: My Resipi

- 1kg tepung gandum - aku buat 2kg

- 1 1/2 cawan air

- 1 biji telur

- 1 sudu besar gula

- 1 sudu besar garam

- 1 sudu besar susu pekat manis

- Mentega - aku guna minyak je


CARA-CARA:

* Campur air, garam, gula, telur dan susu

* Masukkan dalam gandum dan gaul rata - kalo tak cukup air pandai2 tambah

* Mula-mula uli 10 minit

* Kemudian biarkan doh tu 5 minit (rehat)

* Then sambung uli balik 10 minit smapai hilang ketul2 dan jadi licin







Kemudian korang buat la bulat-bulan cam gini
Dah siap buat bula-bulat tu sapu ngan minyak

Biarkan doh tu selama 4 jam
Dia akan jadi kembang macam lam gambar tu



Lepas empat jam start tebar
Kemudian lilitkan jadi bulat cam kat atas tu
Ini kalau nak buat roti caai kosong la

Kalau nak buat roti telur
Lepas tebar terus letak telur n masak



Taraaaaaa
Cicah ngan kuah kari atau sambal bilis
Aku juz makan ngan gula cukup
Mabeless

Selamat mencuba!!! :)


NotaSarah: Thanks my luvly osmets ARINI WAZNAH ( tolong buat bulat2), FATIMAH AZZAHRA  (tolong uli tepung) dan NASIBAH ( tolong tebar)

Kenangan terakhir sebelum meninggalkan Bayt Full House


Friday, December 14, 2012

Puding Keju + Biskut Oreo

Semalam, lepas je exam tilawah al-Quran
Aku balik terus ke kedai cari barang untuk buat puding ni
Saje lah kan nak bagi kat tukang urut.. Keh3
So, singgahlah kat kedai sohhaf
Kat kedai tu semua ada
Tapi harganya pun faham-faham la kan.. ^_^


Photo ihsan tuan punya belog --> Noli Cupcake
Aku punya puding tak sempat nak snap gambar

Tapi dapat feedback dari yang makannya
Kak Aema: First try yang menjadi. Muhammad n Iman suka makan jelly pudding yang auntie buat ni
Masyitah: Sedap la kak Mai.. saya nak lagi boleh??
Cuma tak dapat feedback dari Syahima n ahli rumah dia.. Tak contact lagi kan
*cett macam ape je kan..kah3

Meh aku share resipi yang senang ni

13g serbuk agar-agar
*aku pakai agar-agar yang 30g tu potong 2

1 liter air (4 cawan)
* aku buh 5 cawan kasi lembik sket

120g gula castor (3/4 cawan)

3 biji telur

120-150g biskut cheese
* aku tak jumpa biskut cheese, so aku pakai cheese biasa je

1sb tepung kastard

400ml susu cair (1 1/4 cawan)

200 ml susu pekat (3/4 cawan)

50g mentega (2sb)
*aku pakai butter.. kat sini tak dak lagi aku jumpa mentega


CARA-CARA:

1. Blend telur, keju, tepung kastard, susu cair, susu pekat, butter sampai hancur semua

2. Masak agar-agar sampai hancur then masukkan gula
kacau lagi sampai rata

3. Masuk adunan yang dah di blend tadi ke dalam adunan agar-agar

4. Kacau sampai pekat dan mendidih

5. Bila dah mendidih tutup api dan tuang kan dalam lotyang

Siap!! Senang kan?

Nak sedap lagi, buh dalam peti ais
Makan sejuk2 lagi sedappppp

Selamat mencuba ^^




Wednesday, November 14, 2012

Winter Punya Makan

Alhamdulillah, syukrillah
Atas segala nikmat yang DIA berikan

Untuk yang berada di Malaysia tu, 
Tinggal beberapa jam lagi kan nak masuk tahun baru
Tahun baru HIJRIYYAH
Jangan lupa doa akhir dan awal tahun tau


Semalam, ade orang mengidam
Konon nak makan coklat fauntain
Tapi mesin fauntain mano la ade juai kat sini yong
Makanya, coklat itu hanyalah di masak dalam periuk sahaja.. Keh3



Ni cekelatnyer
Dah macam sos kicap aku tengok.. Wakakaka
Coklat ni sesuai untu topping cake
Mano la nak jumpe coklat masakan yang bar tu kat sini
So, variasikan apa yang ada sudaaa

Dek kerana cuaca yang sejuk2 nyaman
Habes jugak buah-buah ni
Siap tambah buah2 lain tu
Next time nak try guna cekelat lain pulao
Cuba kannnn

Pssstt..
Dengar cite harga barang kat Jordan dah naik berganda-ganda
Telur katanya dari 3JD = +-RM15 dah jadi 8JD= +-RM40
Gas pulak dari 6.50JD = RM 32.50 dah jadi 10JD= RM50
Minyak pun dah naik
Perghhh mesti banyak yang naik pas ni
Sayur, beras, keperluan lain? Perghhhh
Patut lah depa kecoh-kecoh arab ramai2 pi tukar gas
Rupanya gas nak naik
Aku nak try call gas hari ni
Kalau tak naik lagi, nak spare banyak3..Wakakaka

Errr, aku rasa kadar zakat pun dah kene naikkan kot ;p


Wednesday, November 7, 2012

Rejeki Semalam

Alhamdulillah.. 
Antara rezeki semalam
Berada dirantau orang bukanlah bermakna menahan perut pada benda yang tiada
Ia beerti mengadakan apa yang tiada
Perghh.. Ayat tak leh blah.. Wakakaka


Yeahh.. Ini diaaa
Siakap steam
Eh3, siakap pulak, mane ade kat Jordan ni
Asal resipi siakap, tapi aku tukar ke fillet
Mane la nak cari ikan macam kat Mesia kat sini
Nehi heiii..



Hapa pulak ni???
  Haaaa.. Ni la persediann nak buat Sherperd Pie Daging
Resipi ambik ngan Kak Ana, macam biasa lah kan
Korang nak pi kat blog dia
Cari kat tagline tu.. Sure adanya
Aku malas nk scroll untuk link
*pemalas* ;p



Ni bila dah di tabir ngan cheese
Tengok cheese tu macam meleh je
Siap untuk dibakar

Sementara tunggu pie siap dibakar
Nampak tak dua budak di bawah ini...



Tengok lah si adik..
Betapa advance nyer budak skang
Baru tiga bulan, dah berminat ngan gajet nampakkkkk
Bersedialah mak ayah dia tuuuu.. Hahaha

Si kakak pulak
sibuk suh ambik gambar dia
Macam-macam aksi
Dah nama pun pompuan kannnnn
Tapi acik Mai takkkkk.. Hahaha



Jeng jeng jenggggggg
Ni al-hasilnya
Sherperd Pie Daging Cheese

Syukur Allah atas rezeki semalam
Walau serba kekurangan di bumi orang
KAU cukupkan kami seadanya :)




Saturday, November 3, 2012

Today's Breakfast: Spaghetti Aglio Olio

Salam ceria, seceria hari Sabtu
Ceria la sangat kannnn
Sat gi kene setadi subject yang banyak itu
Ceria ceria ceria ^^

Pagi ni bfast makanan rinagn-ringan ja
Kang nanti tak pasal2 krohh krohh krohh
Setadi ntah ke mana, apa ke mana, tak gi mana-mana.. ngeh3


This is my bfast today
Kebetulan ada lebihan spaghetti yang smalam
Daripada membazir, baik olah jadi benda baru kan3..
Asal resipinya spaghetti aglio olio
Tapi kat sini kan mane nak ada sotong n udang
So, ingkar resipi skit
Pakai udang kering n isi ayam
Boleh la kannnnn

Resipi ni aku ambik kat blog kak Ana Suzana
Korang scroll kat bawah-bawah tu ada dia bagi resipi
Senang je pun nak buatnya
Meh nak kabo
Tapi ni ikut aku punya resipi la
Kan dah cakap tadi aku ingkar resipi.. Keh3

.
.
.


*Spaghetti- Ikut la nak guna jenis ape

*Udang dan sotong - kat Jordan ni tak dak, so aku ganti ngan isi ayam n udang kering, pilih yang besar2   skit ye

*1 biji bawang besar (bawang holland -Potong dadu

*6 ulas bawang putih -Potong dadu, cincang

*Serbuk lada hitam kasar - ikut la nak letak banyak mana

*Serbuk cili / cajun / cili kering - aku guna cili kering, potong serong2 bagi nampak cantik

*Garam secukup rasa


CARA-CARA:

~Mula-mula rebus spaghetti dulu - aku taruk minyak sikit kasi dia mengurai..Tak lekat2

~Panaskan 2 sudu besar butter / minyak jagung / olive oil / minyak biasa - aku guna minyak biasa sebab memang tak bajet nak buat spaghetti ni

~Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu

~Kemudian masukkan bahan-bahan seafood - resipi aku ayam dan udang kering

~Masukkan spaghetti.. Serbuk lada hitam, cili kering, garam

~Gaul rata.. Tadaaaa.. Siap!!

Kalau rasa nak letak sayur pun boleh, letak kepah ke hape ikut korang la..


Kak Ana punya spaghetti
Copy from her blog
Berselera tak tengok??? Keh3

Selamat mencuba ye





Friday, November 2, 2012

Bakar Satey

Aku memang suka sangat hapdet cerita yang dah basi kannn
Adat  student yang saje-saje membizikan diri memang macam ni ;p

Aku tak kira, nak cite jugak.. Ngeh3
Kisah kami dan satey
Hah, ni last minit punya planning
Memang sangat suka cari kerja time cuti
Lepas tu mengeluh penattttttt.. erkk

Jangan ingat kat negara orang tak leh buat ni semua
Nak seribu daya...
Apa yang penting, kerjasama!!



Operasi mencucuk satey
This is my first experience.. 
Sebelum ni beli, siap, makan je
Ni after perap selama sehari
Hah, sampai bengkak tangan tu tercucuk buluh.. huk3



Ini al-hasinya..
Baru separuh nih
Semua kami dapat 170 batang
Perghh, kembung nak prabih



Arang tu pi beli je kat kedai
Kami nyalakan sendiri
Tak dak nak manja2 ye
Ko nak makan, kau buat la sendiri
Mula-mula tu nanges jugak la nak boleh hidup api
Kami bakar kat blakang rumah je
Start lepas asar, malam baru siap.. Keh3



Yeayyy. Dah boleh makan!!
Hambikk, makan sampai puas yo
Pasni tak dak dah mengidam2



Penat-penat pun sempat lagi posing
See, ada ayam skali
Plan asal ayam tu makan ngan nasi gorang
Tapi sebab dah malassss, nasi tu makan ja ngan satey.. Kih3
So, ayam tu simpan dalam freezer untuk makan keesokan harinya..
Ayam la yang paling spesel
Dah la direbus, dibakar, digoreng pulak tu.. Mabelesss

Thanks tu ahli rumah yang bertungkus lumus
Arini, Nasibah
Timah, bizi ngan sambutan raya time tu
Tetamu yang hdir.. *cett, macam ramai je yang hadir
Azah, mak n ayah Ain
Maaf atas segala kekurangan dan ketidak sedapan.. Ngeh3 ;p


Tuesday, October 2, 2012

Laksam @ Laksang

Haaaa.. Post makanan lagi.. Dah macam blog makanan pulak.. Heeee



Apakah ini??
Ha.. kalau korang nak tau inilah namenyer laksam.. Orang ganu kate laksang...
Buatnya dari tepung beras dan tepung gandum.. Kemudian Kukus..
Ini, bukan aku yang buat... Housemate ku yang rajin tu buat..
Aku, hanya buat kuahnya je.. Kuahnya sama je macam kuah laksa ganung tu..

Al-kisah di sebalik laksang ni...

Hari tu, salah tengok tepung.. Mahunya tepung beras.. Ku pergi beli tepung pulut.. Keh3
Hah, terus hosmetku jadi kreatip
Dicampurnya tepung beras yang masih berbaki, tepung gandum, sedikit tepung pulut dan tepung ubi
Apa jadi??
Jadi macam gambo kat atas tu lah.. Hehehe
Sedikit liat... Maybe sebab ade tepung ubi.. Dia kan macam sagu sikit
Tapi boleh la buat lepas kempunan..
Tak da la meroyan lagi nak makan laksang lepas ni... Kah3

Ade lagi kisahnya..

Sebelum ku datang sini, memang nak makan sangat2 laksam ni
Jadi, ku redah lah pergi dungun..
Bukan main lagi buat status, nak ajak orang pi makan ni..
Awal pagi ku gerak dari kemaman.. Ambik masa 1 jam lebih nak sampai dungun
Sanggup ku redah jem n lori yang bnyak kat jalan tu..
Alih2, waktu pagi kedai tu tak dok laksang..
'' Dik, datang petang ye.. Laksam dok buat pagi2"
Seteresssssnyerrrr..
Nasib tak dok yang respon mau ikut.. Keh3..
Kalau dok, maunya aku redah pi kuala Terengganu lak cari laksang.. Hek..
Cover malu beb!



Siti Maisarah
16 September
Esok, rase nok cari laksam kat Dungun sebelum terbang.. Laksam peveret seperti 3 tahun yang lalu.. Kalu drive sorang dr Kemaman balik UDM, sure singgah beli berbungkus2..

Lokasi: Kat simpang 4 petronas nak ke Gong Pasir.. Jalan pintas kalau nok gi Ganu.. Masuk simpang siket je nampak slalu gerai tu sebelah kanan

Menu utama saya kat gerai tu: Laksam, laksa ganu, nasi dagang n nasi kunyit.. Perghhh

Masa: Pagi n petang.. Tapi pagi dok sure buke dok sbb biase gi petang.. Insya Allah buke rasenye..

Orang Dungun, jom join pagi esok... Azzahra Nasir Che Melor Isa Athirah Anuar.. N sape2 agi hok ade dekat dungun..





Ni laksam yang dah campur ngan kuah.. Best..
Ulamnya, timun, bunga kantan, bawang merah.. Tapi aku dok makan sayur... Tu yang ade timun je setoek.. 
Nak best lagi buh belacan n cili boh.. Gaul2.. Lagi umpphh..
Kuah ni senang aje nak buat
Santan dan ikan je..
Kat sini ku guna ikan sardin je lah
basuh2 penyet isi.. Ok gak.. ;)
Cepat la dari ikan frozen tu.. Kene siang lagi, rebus, perisi tulang, penyet
Mau kebulur ahli rumah aku..

Kisah di sebalik kuah ni..

Aku guna santan serbuk je
Sebab malas nak rebus kelapa kering, nak kene blender lagi, nak perah lagi..
Banyak pulak kerjanya..
Kat jordan ni mane nak ada kelapa macam kita.. Santan jauh sekali kot..
Dah la buat ni on da spot..

Lepas siap perisi ikan sardin tu, aku pun bersedialah kan nak masak santan
Ku ambik santan dalam mangkuk besi
'Arini, pekat gak eh santan debu ni...' "aah, memang pekat pun"
Dia tak tengok pun ape yang aku pegang time tu
So, dengan selambenyer aku masukkan dalam periuk
Ku kacau, pekat, makin kacau makin pekat.. Pelik nih
Aku jerit suruh Arini ambik air nak tambah dalam santan (konon santan la time tu)
Arini : " weh Kak Mai, bakpe mu gi masak laksang aku???"
Ahhhhh.. seteresssssss
Bukan santan... Adunan laksang rupanya..
Kah3.. Sakit perut ku gelak.. 
Patutlah pekat semacam
Arini pulak dengan selambanya cakap memang santan tu pekat..
Hambikkkk..

Tapi kami ok je... ;p
Siap tak cukup lagi
Masak spagetti buat ganti laksa... Heeeee

sekian....


JORDAN, BAYT FULL HOUSE, 8:35 PM