.:: Jom Ikut ::.

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Bersiaran Dari Muscat, Oman

Alhamdulillah, setelah 3 jam penerbangan, kami selamat mendarat di Muscat, Oman.. Transit kat sini selama 9 jam lebih.. Skang ni duk melepak kat luar je sebab surau penuh dengan orang.. Insya Allah akan bertolak ke Malaysia pada jam 9.30 pagi waktu Muscat, 3.30 petang waktu Malaysia.

Terima kasih kepada mereka yang wish my birthday, yang mendokan saya.. Terima kasih.. Tak sempat nak balas satu-satu :)




Terima kasih Arini, Fatimah, Nasibah, 'Atikah, Ustaz, Kakak Ain, Amyu
Untuk kek yang sangat sedap 
Bakal merindui aroma bau kek ini.. Keh3




Mereka yang saya sayang



Terima kasih ahli bayt untuk hadiah ini
Terima kasih untuk persahabatan selama 2 tahun 1 fasal 
Terima kasih untu semua kenangan



Hadiah ini yang paling bermakna sepanjang ulangtahun kelahiran saya
Terima kasih ma dan ayah untuk pengorbanan yang tak mungkin terbalas


Saturday, November 17, 2012

Panjat Bukit Karak, Jordan

Minggu lepas kami ke kota Karak
Saja jalan-jalan sebelum grad 
Sebelum ni dah sampai sini, tapi tak banyak ambik gambar

So, kali ni pergi memang niat nak bergambar banyak2.. Keh3
Memandangkan internet rumah sudah laju tahap gaban
Makanya mudahlah untuk ku upload gambo banyak2.. Hahaha

Kota Karak ni merupakan salah satu negeri kat Jordan
Mu'tah pulak, salah satu daerah di Karak
So, tak jauh sangat, dalam 15 minit dah sampai

Nak naik kat Kota ni, ada 2 pilihan
Boleh ambik van dari bawah tu, atau panajt ja la bukit tu 
Panjat melalui jalan laaaa, bukan mcm panjat bukit tuh.. Keh3
Kalo jalan kaki dalam 1/2 jam kot nak sampai atas nuh
Biasa kalo pi bayar internet kami ambik van dari Mu'tah terus ke centre internet
Tak dak kuasa mau panjat2 nih.. Tinggi kotttt

Meh aku cite skit2 mengenai kota Karak ni
Kenapa ia merupakan salah satu tempat bersejarah
Copy Paste je tauuuu.. Hehehe

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .

Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka .

Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .




Penat panjat bukit, stop beli air jap
Buat bekal perjalanan kat atas sane
Ni pun dah kat atas, tapi ada lagi yang atas..



Ain Zinnirah:
Penatnyer saya tunggu acik Ayini n acik Sobah
Duduk dulu la..
Sejukkkk


Acik Sobah n kakak Ain
Ni jambatan nak masuk ke kota
Bangunan kat belakang tu macam restoran mewah
Aku tak masuk pun.. Pokai.. Kah3





Ni baru kat jambatan
Tak masuk dalam pun lagi
Kalau dah nama gi sane nak bergambar kan.. ;p



Okeh, ni dah masuk kat dalam kota
Time untuk mengsnap gambar sebanyak mungkin
Sambil jelajah kota ni

Cuaca time ni agak sejuk
Angin agak kuat
Tapi still okey sebab ade matahari lagi



See, tinggi kan?
Bawah tu jalan nak balik ke Mu'tah *aku gak la.. Keh3
Bayangkan jalan kaki dari bawah
Wahhhhh, tipu kannn.. hehehe
Tempat parking bas naik atas sikit dari jalan kat bawah tu

Tak banyak sangat gambar aku buh sini
Sebab banyak yang ngarut2
Malu laaa I.. Jatuh saham.. Kah3


























Dah penat
Jom balik makannnnnn

Oh lupe satu benda,
Kalau nak cari jubah (abaya) murah-murah
Kat Karak ni banyak la
Kene tengok kedai jugak, sebab tak semua kedai jual abaya

Kalau datang Jordan, datang Mu'tah,
Jangan lupe pi sini borong abaya banyak2 hokkey!! ;))



Friday, November 2, 2012

Jemputan Semalam

Firstly, nak ucap thank you ayah n mak Ain sebab sudi jemput makan kat rumah
Memang spesel n mabeles la lauk2 tuh.. Terangkattt wa cakap luuu..

Antara lauknya, lempung masak sambal kunyit kot
Sambal ikan bilis, sambal belacan
Paling cun, sup tulang kambing daging lembu.. Keh3
Tak snap gambo lerr
Malu kat tuan rumah
Dah macam terlebih excited la pulak
So, kebanyakan gambar yang ada ni, aku request ngan tuan rumah 

Ngah2 makan tu, boleh pulak taun rumah tanya nak budu tak??
Disebabkan tak nak rosakkan diet, cakap la tak nak.. *dalam hati meronta2 tauuu
Okey, then teruskan suapan demi suapan macam biasa
Tuan rumah tanya lagi, nak tempoyak tak??
Aaaaaaa.. Nakkkkkkkk
Mane boleh tolakkk.. Spesel tuuu
Made in Malaysia tau
Kalau tolak ruugiii



 Inilah al-tempoyaks nyer
Dah ditumbuk-tumbuk ngan cili
Menyebabkan daku tambah nasi 3 pinggannnn
Perghhh.. Tampo muka laju2
Kalau ikut mulut, memang nak lagi
Tapi perut kata dah, dah2.. Tak mampu dah
Telan liur aku tengok gambo ni
Memang pedas terangkat laaa
Makkk, nak tempoyak
Pos la kat anakmu ini.. 
Mak cakap, tak kuasa aku.. Nanti balik ko melantak la tempoyak sampai kembung.. Kui3



Ini untuk Cik Sibah, Azah n Arini
Bertambah2 nasi nyo ha
Kalau tak makan rugi
Memang tak dapat dah la lepas ni



Acik Sobah semangat petai
Da macam Pua Chu Kang
Kah Kah Kah.. *gelak guling2



Sup tulang spesel dari tuan rumah
Siap masak dalam presure cooker lagi tu
Sedappp
Aku tak makan sangat sebab ade kambing
Macam dah terbau2 kambing tu.. Kui3
So, juz makan daging lembu
Dan hirup kuah skit2
Jeles tengok Timah ratah tulang.. *aishhhh



Lauk-lauk yang dihidangkan oleh tuan rumah
Macam-macam ada
Semua sedap-sedap
Kembung, kenyang, se'eh makan ;)



Hambik.. Ternganga-nganga makan
Sambil dengar celoteh Cik Azah
Dah macam ada tv kat depan tu
Penglipur lara kannn.. Hahahaha ;p



Dah siap makan2, pekena teh panas, kemas2 ape serba
It's time to UNO!!
Huyyoo.. Dah rasa macam kat rumah
Lepas makan ngan adik-adik, main UNO lak
Memang havok la.. Orang ganu kate, bising bango.. Keh3

Terima kasih banyak2 mak ayah Ain
Eh asyik sebut mak ayah Ain je kann
Ain pun tak kenal.. Sadiss aku


Hah, ni lah Ain nya.. Nur Ain Zinnirah
Setia bersama putingnya
Tak leh lepas



Anak harimau atas katil kuuuu 
Adik Ain, Amru
Ain panggil Amyuuuu
Comel je ;)

 Sambung balik ucapan.. Ngeh3
Terima kasih banyak-banyak mak ayah Ain n Amyu
Maaf menyusahkan
Lain kali jemput la lagiii.. Kah3

Okey lah
Sekian cerita untuk hari ini
Nak sambung setadi lol
Exengggg.. Tensengggg!!
Doakan kkk.. ;)

Good nite Jordan
N good morning Malaysia
Have a nice day all
Muahhss.. *untuk pompuan je tau ;p





Bakar Satey

Aku memang suka sangat hapdet cerita yang dah basi kannn
Adat  student yang saje-saje membizikan diri memang macam ni ;p

Aku tak kira, nak cite jugak.. Ngeh3
Kisah kami dan satey
Hah, ni last minit punya planning
Memang sangat suka cari kerja time cuti
Lepas tu mengeluh penattttttt.. erkk

Jangan ingat kat negara orang tak leh buat ni semua
Nak seribu daya...
Apa yang penting, kerjasama!!



Operasi mencucuk satey
This is my first experience.. 
Sebelum ni beli, siap, makan je
Ni after perap selama sehari
Hah, sampai bengkak tangan tu tercucuk buluh.. huk3



Ini al-hasinya..
Baru separuh nih
Semua kami dapat 170 batang
Perghh, kembung nak prabih



Arang tu pi beli je kat kedai
Kami nyalakan sendiri
Tak dak nak manja2 ye
Ko nak makan, kau buat la sendiri
Mula-mula tu nanges jugak la nak boleh hidup api
Kami bakar kat blakang rumah je
Start lepas asar, malam baru siap.. Keh3



Yeayyy. Dah boleh makan!!
Hambikk, makan sampai puas yo
Pasni tak dak dah mengidam2



Penat-penat pun sempat lagi posing
See, ada ayam skali
Plan asal ayam tu makan ngan nasi gorang
Tapi sebab dah malassss, nasi tu makan ja ngan satey.. Kih3
So, ayam tu simpan dalam freezer untuk makan keesokan harinya..
Ayam la yang paling spesel
Dah la direbus, dibakar, digoreng pulak tu.. Mabelesss

Thanks tu ahli rumah yang bertungkus lumus
Arini, Nasibah
Timah, bizi ngan sambutan raya time tu
Tetamu yang hdir.. *cett, macam ramai je yang hadir
Azah, mak n ayah Ain
Maaf atas segala kekurangan dan ketidak sedapan.. Ngeh3 ;p


Wednesday, October 31, 2012

Untuk Malam Ini

Sebelum aku tidur
Rasa nak wat pahala sikit

Tempek ni se
Moga bermanfaat

Lailah saeedah
Selamat malam
Good night





Wordless Wednesday #7: Korban Tanda Cinta

Dah lame sebenarnya nak hapdet tentang sambutan raya di Jordan
Tapi internet sangat lembab macam snail pig lol
Tu jadi membantut hasrat nak nulis.. huh

Seperti ku katakan dulu
Ini raya terakhirku di rantau orang
Dan pastinya aku bakal merindui saat-saat manis ini
Bersama teman-teman
Dan ia pastinya menjadi satu memori
Yang sangat indah untuk di kenang

Aku ni dah malas nak tulis satu-satu kat gambar tu
Korang tengok-tengok lah ye
Biarlah gambar yang bercrita.. ngeee
Kata pensyarahku di UDM dulu,
Satu gambar boleh menceritakan seribu benda
Jadi, cukuplah gambar
Tak perlu kata-kata.. Wakakaka  ;))


                                   
Sekitar sambutan majlis hari raya di Mu'tah
'Korban tanda cinta'


Yang ni nak kene tulis jugak sikit
Menu spesel gittuu
Sup unta
Memang terbaikkkkk
Bukan senang nak dapat
Dah dua tahun kat sini
Ini yang pertama kali
Dan mungkin juga yang terakhir.. Sobss ;((


Ini pun terbaikkk.. 4 bintang
Nasi tak tau nama
Gulai daging lembu
Rendang daging unta

Occeeyy, mau tido dulu
Esok kelas pukul 8.00 pagi
Sekarang dah pukul 9.15 malam

Enjoy baca gam bar-gambar di bawah ye.. Hehehe