.:: Jom Ikut ::.

Saturday, November 17, 2012

Panjat Bukit Karak, Jordan

Minggu lepas kami ke kota Karak
Saja jalan-jalan sebelum grad 
Sebelum ni dah sampai sini, tapi tak banyak ambik gambar

So, kali ni pergi memang niat nak bergambar banyak2.. Keh3
Memandangkan internet rumah sudah laju tahap gaban
Makanya mudahlah untuk ku upload gambo banyak2.. Hahaha

Kota Karak ni merupakan salah satu negeri kat Jordan
Mu'tah pulak, salah satu daerah di Karak
So, tak jauh sangat, dalam 15 minit dah sampai

Nak naik kat Kota ni, ada 2 pilihan
Boleh ambik van dari bawah tu, atau panajt ja la bukit tu 
Panjat melalui jalan laaaa, bukan mcm panjat bukit tuh.. Keh3
Kalo jalan kaki dalam 1/2 jam kot nak sampai atas nuh
Biasa kalo pi bayar internet kami ambik van dari Mu'tah terus ke centre internet
Tak dak kuasa mau panjat2 nih.. Tinggi kotttt

Meh aku cite skit2 mengenai kota Karak ni
Kenapa ia merupakan salah satu tempat bersejarah
Copy Paste je tauuuu.. Hehehe

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .

Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka .

Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .




Penat panjat bukit, stop beli air jap
Buat bekal perjalanan kat atas sane
Ni pun dah kat atas, tapi ada lagi yang atas..



Ain Zinnirah:
Penatnyer saya tunggu acik Ayini n acik Sobah
Duduk dulu la..
Sejukkkk


Acik Sobah n kakak Ain
Ni jambatan nak masuk ke kota
Bangunan kat belakang tu macam restoran mewah
Aku tak masuk pun.. Pokai.. Kah3





Ni baru kat jambatan
Tak masuk dalam pun lagi
Kalau dah nama gi sane nak bergambar kan.. ;p



Okeh, ni dah masuk kat dalam kota
Time untuk mengsnap gambar sebanyak mungkin
Sambil jelajah kota ni

Cuaca time ni agak sejuk
Angin agak kuat
Tapi still okey sebab ade matahari lagi



See, tinggi kan?
Bawah tu jalan nak balik ke Mu'tah *aku gak la.. Keh3
Bayangkan jalan kaki dari bawah
Wahhhhh, tipu kannn.. hehehe
Tempat parking bas naik atas sikit dari jalan kat bawah tu

Tak banyak sangat gambar aku buh sini
Sebab banyak yang ngarut2
Malu laaa I.. Jatuh saham.. Kah3


























Dah penat
Jom balik makannnnnn

Oh lupe satu benda,
Kalau nak cari jubah (abaya) murah-murah
Kat Karak ni banyak la
Kene tengok kedai jugak, sebab tak semua kedai jual abaya

Kalau datang Jordan, datang Mu'tah,
Jangan lupe pi sini borong abaya banyak2 hokkey!! ;))



Thursday, November 15, 2012

Salam Perubahan


Bukan tidak mahu berazam baru
Cuma, berharapan agar ditunaikan yang sedia ada
Agar menjadi lebih baik dan terbaik

Semakin bertambah tahun, semakin singkat kehidupan
Semakin dekat pula kita dengan kematian
Saya bukanlah yang terbaik
Tapi saya akan terus cuba untuk jadi baik

Masa lalu perlu diambl iktibar
Dan tenangkan hati dengan TAUBAT kepada DIA

Moga Allah tetapkan hati-hati kita
Dalam mentaati segala suruhannya
Serta meninggalkan apa yang dilarang

Salam hijrah akhi wa ukhti fillah


NotaSarah: Pray for Ghaza ; Qunut Nazilah for them ;(


Wednesday, November 14, 2012

Winter Punya Makan

Alhamdulillah, syukrillah
Atas segala nikmat yang DIA berikan

Untuk yang berada di Malaysia tu, 
Tinggal beberapa jam lagi kan nak masuk tahun baru
Tahun baru HIJRIYYAH
Jangan lupa doa akhir dan awal tahun tau


Semalam, ade orang mengidam
Konon nak makan coklat fauntain
Tapi mesin fauntain mano la ade juai kat sini yong
Makanya, coklat itu hanyalah di masak dalam periuk sahaja.. Keh3



Ni cekelatnyer
Dah macam sos kicap aku tengok.. Wakakaka
Coklat ni sesuai untu topping cake
Mano la nak jumpe coklat masakan yang bar tu kat sini
So, variasikan apa yang ada sudaaa

Dek kerana cuaca yang sejuk2 nyaman
Habes jugak buah-buah ni
Siap tambah buah2 lain tu
Next time nak try guna cekelat lain pulao
Cuba kannnn

Pssstt..
Dengar cite harga barang kat Jordan dah naik berganda-ganda
Telur katanya dari 3JD = +-RM15 dah jadi 8JD= +-RM40
Gas pulak dari 6.50JD = RM 32.50 dah jadi 10JD= RM50
Minyak pun dah naik
Perghhh mesti banyak yang naik pas ni
Sayur, beras, keperluan lain? Perghhhh
Patut lah depa kecoh-kecoh arab ramai2 pi tukar gas
Rupanya gas nak naik
Aku nak try call gas hari ni
Kalau tak naik lagi, nak spare banyak3..Wakakaka

Errr, aku rasa kadar zakat pun dah kene naikkan kot ;p


Sunday, November 11, 2012

[3:173]

Salam sesejuk, sedingin Bumi Mu'tah
ALHAMDULILLAH
Dapat masuk balik ke duania tanpa sempada
Setelah terkeluar dari sana selama 3 hari

And now,
It's syita' already
Ahh.. musim yang memerlukan kekutan fizikal dan mental
Sejuk itu nikmat, rahmat dan juga ujian

Angin mula meniup ganas-ganas bahasa
Menerbang segala benda
Wahai akhowat, bersedialah ;)




Cerita semalam memang sangat best
Se 'best' taufan sandy di Amerika
Cukuplah dia sebagai pelindung
Dari segala ancaman manusia dan segala isi makhluk

Tuhan, jagalah.....

Wednesday, November 7, 2012

Motivasi Diri


Jangan kita pernah ada rasa putus asa dalam diri
Apapun, teruskan walau sakit, walau terluka
Kerna itu hakikat pelajaran

Suatu ketika, saya pernah hampir kecewa, hampir melepaskan
Tapi, tanpa saya sedari itulah kekuatan
Saya teruskan walau sakit, walau terluka
Walau air mata sebagai peneman

Jangan pernah mengalah, teruskanlah
Kerna, ia akan berhenti dengan sendiri bila tiba waktu

Dan sekarang, waktu itu belum tiba
Saya masih perlu teruskan
Dengan secebis senyuman :)

Wordless Wednesday: Tips Diet


Tips diet yang aku dapatkan dari blog Kevin Zahri
Dia tulih 10, aku jumpa 9 ja
Penat cari, memang tak jumpa.. Keh3

So, boleh la jadikan ni sebagai panduan
Bukan nak kurus sangat pun
Juz nak amalkan gaya hidup sihat.. Ceewaahhh

Betullll
Sebab skang ni kan memang dah perasan sisa-sisa lemak mula berkumpul
Pastu kalo jalan laju-laju sket dah mengah
Malu bernafas kuat-kuat bila jumpa orang
Risau ke? Ho lass.. Opkos la kan
Kecantikan kan hak milik setiap wanita.. ^^

Bila lagi??
Jom mula amalkan sekarang!!
*Aku pun tak mula lagi..Keh3



Nah ambik salin
Pastu tampal la kat mana-mana tempat yang senang korang nampak
Kalau tahu tapi buat jugak, aku sekeh.. Kikiki



Orang yang tak dapat kawal nafsu makan macam aku, memang perlukan ni
Pantang nampak makanan sedap, mula lah terliur
Korang tak ni??
Hah, pi tanya En. Google, dia lebih mengetahui
e-book ni free je Kevin Zahri bagi
Baik grab cepat-cepat b4 dia letak harga.. Hehehe

Sharing is caring is loving.. ;))

Rejeki Semalam

Alhamdulillah.. 
Antara rezeki semalam
Berada dirantau orang bukanlah bermakna menahan perut pada benda yang tiada
Ia beerti mengadakan apa yang tiada
Perghh.. Ayat tak leh blah.. Wakakaka


Yeahh.. Ini diaaa
Siakap steam
Eh3, siakap pulak, mane ade kat Jordan ni
Asal resipi siakap, tapi aku tukar ke fillet
Mane la nak cari ikan macam kat Mesia kat sini
Nehi heiii..



Hapa pulak ni???
  Haaaa.. Ni la persediann nak buat Sherperd Pie Daging
Resipi ambik ngan Kak Ana, macam biasa lah kan
Korang nak pi kat blog dia
Cari kat tagline tu.. Sure adanya
Aku malas nk scroll untuk link
*pemalas* ;p



Ni bila dah di tabir ngan cheese
Tengok cheese tu macam meleh je
Siap untuk dibakar

Sementara tunggu pie siap dibakar
Nampak tak dua budak di bawah ini...



Tengok lah si adik..
Betapa advance nyer budak skang
Baru tiga bulan, dah berminat ngan gajet nampakkkkk
Bersedialah mak ayah dia tuuuu.. Hahaha

Si kakak pulak
sibuk suh ambik gambar dia
Macam-macam aksi
Dah nama pun pompuan kannnnn
Tapi acik Mai takkkkk.. Hahaha



Jeng jeng jenggggggg
Ni al-hasilnya
Sherperd Pie Daging Cheese

Syukur Allah atas rezeki semalam
Walau serba kekurangan di bumi orang
KAU cukupkan kami seadanya :)




Monday, November 5, 2012

Sekadar Peringatan


Allah Allah Allah
Terasa meremang bulu roma baca terjemahan 
Ayat 40-50 surah Ad-Dukhan ni

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita
Aaameenn

Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain
Bukankah setiap mukmin itu bersaudara??

Sunday, November 4, 2012

Kisah Kehidupan

Hidup ini dalah pilihan.
Jadi, pilihlah yang terbaik

Perjalanan ini ada dua persimpangan,
Jadi, pilihlah yang terbaik

Sentisa mohon yang terbaik
Walau kita bukan yang terbaik,
Jadi, mohonlah, DIA dengar

"Allahummakhtim lana bihusnil khaatimah
Wala takhtim 'alaina bi suu'l khaatimah"


*Kuliyyah Syariah
Universiti of Mu'tah
El-Karak, Jordan


Saturday, November 3, 2012

Today's Breakfast: Spaghetti Aglio Olio

Salam ceria, seceria hari Sabtu
Ceria la sangat kannnn
Sat gi kene setadi subject yang banyak itu
Ceria ceria ceria ^^

Pagi ni bfast makanan rinagn-ringan ja
Kang nanti tak pasal2 krohh krohh krohh
Setadi ntah ke mana, apa ke mana, tak gi mana-mana.. ngeh3


This is my bfast today
Kebetulan ada lebihan spaghetti yang smalam
Daripada membazir, baik olah jadi benda baru kan3..
Asal resipinya spaghetti aglio olio
Tapi kat sini kan mane nak ada sotong n udang
So, ingkar resipi skit
Pakai udang kering n isi ayam
Boleh la kannnnn

Resipi ni aku ambik kat blog kak Ana Suzana
Korang scroll kat bawah-bawah tu ada dia bagi resipi
Senang je pun nak buatnya
Meh nak kabo
Tapi ni ikut aku punya resipi la
Kan dah cakap tadi aku ingkar resipi.. Keh3

.
.
.


*Spaghetti- Ikut la nak guna jenis ape

*Udang dan sotong - kat Jordan ni tak dak, so aku ganti ngan isi ayam n udang kering, pilih yang besar2   skit ye

*1 biji bawang besar (bawang holland -Potong dadu

*6 ulas bawang putih -Potong dadu, cincang

*Serbuk lada hitam kasar - ikut la nak letak banyak mana

*Serbuk cili / cajun / cili kering - aku guna cili kering, potong serong2 bagi nampak cantik

*Garam secukup rasa


CARA-CARA:

~Mula-mula rebus spaghetti dulu - aku taruk minyak sikit kasi dia mengurai..Tak lekat2

~Panaskan 2 sudu besar butter / minyak jagung / olive oil / minyak biasa - aku guna minyak biasa sebab memang tak bajet nak buat spaghetti ni

~Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu

~Kemudian masukkan bahan-bahan seafood - resipi aku ayam dan udang kering

~Masukkan spaghetti.. Serbuk lada hitam, cili kering, garam

~Gaul rata.. Tadaaaa.. Siap!!

Kalau rasa nak letak sayur pun boleh, letak kepah ke hape ikut korang la..


Kak Ana punya spaghetti
Copy from her blog
Berselera tak tengok??? Keh3

Selamat mencuba ye





Friday, November 2, 2012

Jemputan Semalam

Firstly, nak ucap thank you ayah n mak Ain sebab sudi jemput makan kat rumah
Memang spesel n mabeles la lauk2 tuh.. Terangkattt wa cakap luuu..

Antara lauknya, lempung masak sambal kunyit kot
Sambal ikan bilis, sambal belacan
Paling cun, sup tulang kambing daging lembu.. Keh3
Tak snap gambo lerr
Malu kat tuan rumah
Dah macam terlebih excited la pulak
So, kebanyakan gambar yang ada ni, aku request ngan tuan rumah 

Ngah2 makan tu, boleh pulak taun rumah tanya nak budu tak??
Disebabkan tak nak rosakkan diet, cakap la tak nak.. *dalam hati meronta2 tauuu
Okey, then teruskan suapan demi suapan macam biasa
Tuan rumah tanya lagi, nak tempoyak tak??
Aaaaaaa.. Nakkkkkkkk
Mane boleh tolakkk.. Spesel tuuu
Made in Malaysia tau
Kalau tolak ruugiii



 Inilah al-tempoyaks nyer
Dah ditumbuk-tumbuk ngan cili
Menyebabkan daku tambah nasi 3 pinggannnn
Perghhh.. Tampo muka laju2
Kalau ikut mulut, memang nak lagi
Tapi perut kata dah, dah2.. Tak mampu dah
Telan liur aku tengok gambo ni
Memang pedas terangkat laaa
Makkk, nak tempoyak
Pos la kat anakmu ini.. 
Mak cakap, tak kuasa aku.. Nanti balik ko melantak la tempoyak sampai kembung.. Kui3



Ini untuk Cik Sibah, Azah n Arini
Bertambah2 nasi nyo ha
Kalau tak makan rugi
Memang tak dapat dah la lepas ni



Acik Sobah semangat petai
Da macam Pua Chu Kang
Kah Kah Kah.. *gelak guling2



Sup tulang spesel dari tuan rumah
Siap masak dalam presure cooker lagi tu
Sedappp
Aku tak makan sangat sebab ade kambing
Macam dah terbau2 kambing tu.. Kui3
So, juz makan daging lembu
Dan hirup kuah skit2
Jeles tengok Timah ratah tulang.. *aishhhh



Lauk-lauk yang dihidangkan oleh tuan rumah
Macam-macam ada
Semua sedap-sedap
Kembung, kenyang, se'eh makan ;)



Hambik.. Ternganga-nganga makan
Sambil dengar celoteh Cik Azah
Dah macam ada tv kat depan tu
Penglipur lara kannn.. Hahahaha ;p



Dah siap makan2, pekena teh panas, kemas2 ape serba
It's time to UNO!!
Huyyoo.. Dah rasa macam kat rumah
Lepas makan ngan adik-adik, main UNO lak
Memang havok la.. Orang ganu kate, bising bango.. Keh3

Terima kasih banyak2 mak ayah Ain
Eh asyik sebut mak ayah Ain je kann
Ain pun tak kenal.. Sadiss aku


Hah, ni lah Ain nya.. Nur Ain Zinnirah
Setia bersama putingnya
Tak leh lepas



Anak harimau atas katil kuuuu 
Adik Ain, Amru
Ain panggil Amyuuuu
Comel je ;)

 Sambung balik ucapan.. Ngeh3
Terima kasih banyak-banyak mak ayah Ain n Amyu
Maaf menyusahkan
Lain kali jemput la lagiii.. Kah3

Okey lah
Sekian cerita untuk hari ini
Nak sambung setadi lol
Exengggg.. Tensengggg!!
Doakan kkk.. ;)

Good nite Jordan
N good morning Malaysia
Have a nice day all
Muahhss.. *untuk pompuan je tau ;p