.:: Jom Ikut ::.

Tuesday, April 9, 2013

Dunia Sudah Macam-macam

Assalam akhi wa ukhti fillah
Satu pesanan sebelum saya berjalan jauh

Apabila datang seseorang, sama ada dia kawan kamu atau tidak
Memberi khabar tentang seseorang, tentang suami kamu atau tetang kekasih kamu
Siasat sedalam-dalamnya dahulu sebelum kamu menghukum

Kerana dunia sekarang penuh dengan manusia yang suka mereka-reka cerita
Manusia sekarang suka menongkok tambah kisah sebenar
Manusia sekarang suka mengada-adakan cerita yang tak pernah ada
Manusia sekarang suka melihat keruntuhan kebahagiaan orang

Kamu pasti kenal suami kamu bagaimana
Kamu mesti tahu siapa kekasihmu
Kamu tentu tahu sahabatmu persis apa 

Sungguh, andai tiada kesabaran, pasti ia berkecai
Jadi, percayalah dan yakinlah siapa denganmu
Andai kata ia benar, mohon Allah tunjukkan kebenaran
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Dia

Percayalah, suatu hari nanti pasti tiba
Kebenaran yang kita cari-cari itu pasti terbuka
Moga Allah sentiasa titipkan kesabaran buat kita

Sahabat, percayalah dia...
Ku pasti, tiada yang benar-benar berlaku..
Sahabat, yakinlah dia
Ku pasti, engkau tidak akan terluka
Sahabat, percaualah dia
Ku pasti, dia benar!!


Untuk sahabaku,
Coretan ini buatmu
Agar kamu terus tabah...

No comments:

Post a Comment