Assalam dan selamat berhari minggu semua!!
Hari ini saya nak share cara-cara nak buat nasi tomato yang sangat mudah
Kadang-kadang kita rasa nak makan sedap2 tapi masa pulak tak banyak kan?
Jadi, masak cara simple-simple sudah.. Yang penting rasanya sedap..
Saya sangat suka makan nasi tomato ni..
Nasi boleh boleh la nak di makan dengan kuah masak merah atau pun gulai kari ayam
Kali ni saya share nasi tomato bersama ayam masak merah ala-ala kenduri..
Moh le kita bersiap-siap nak bersilat kat dapur nih... Hehehe
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK NASI :
2 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
3 sudu besar sos tomato - ada jugak orang guna tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras
Beras
CARA-CARA MASAK NASI:
1) Panaskan butter bersama dengan minyak tadi
Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti
2) Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
Kacau sampai sebati dengan butter
Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu
3) Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato..
Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam..
Kacau sampai sebati
4) Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan
5) Masukkan garam
6) Sedikit perasa
7) Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
Kacau bagi rata
Kemudian, masukkan dalam rice cooker
Siap!!!
Okey, skang meh saya tunjukkan cara nak buat ayam masak merah pulak
Resipi ni saya ambik dari blog kak Ana Suzana
Tapi ada lah part-part yang saya derhaka resipi
Ampun yaa.. Hehehhe
Hah, ni pun senang jugak
Tapi makan sedapppppp :)
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam - basuh dan tos
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4
Bahan-bahan nampak je macam banyak tu.. Bendanya simple aje kan..
Okey, proceed..
CARA-CARA
1) Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
Kemudian goreng separuh masak..
Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti
Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
Fahamkan??
2) Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang
Tumis sekadar bagi bawang tu layu tau..
Bukan tumis sampai hanget.. Kang ada yang tak makan pulak.. Hehehe
3) Masukkan bahan kisar
Kacau lagi bagi rata
4) Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
Gaul sampai rata dan pecah minyak
5) Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih
Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya
Tadaaaa...
Senang je kan???
Maaf la gambar tak menarik sebab dah lapar sangat...Hahahah
Nasi tomato dan ayam masak merah ni boleh di makan bersama dengan acar timun
Time ni saya tak buat acar sebab lupa beli timun
Ada juga yang buat sambal belacan ebagai sampingan
Ha.. Tunggu apa lagi??
Selamat mencuba
Tak paham boleh tanya ye
Jangan malu jangan segan :)
NotaSarah: Maaf gambar tak menaik, itu sebab saya tak boleh nak buat blog masakan macam orang lain... Hahahahha