.:: Jom Ikut ::.

Saturday, November 17, 2012

Panjat Bukit Karak, Jordan

Minggu lepas kami ke kota Karak
Saja jalan-jalan sebelum grad 
Sebelum ni dah sampai sini, tapi tak banyak ambik gambar

So, kali ni pergi memang niat nak bergambar banyak2.. Keh3
Memandangkan internet rumah sudah laju tahap gaban
Makanya mudahlah untuk ku upload gambo banyak2.. Hahaha

Kota Karak ni merupakan salah satu negeri kat Jordan
Mu'tah pulak, salah satu daerah di Karak
So, tak jauh sangat, dalam 15 minit dah sampai

Nak naik kat Kota ni, ada 2 pilihan
Boleh ambik van dari bawah tu, atau panajt ja la bukit tu 
Panjat melalui jalan laaaa, bukan mcm panjat bukit tuh.. Keh3
Kalo jalan kaki dalam 1/2 jam kot nak sampai atas nuh
Biasa kalo pi bayar internet kami ambik van dari Mu'tah terus ke centre internet
Tak dak kuasa mau panjat2 nih.. Tinggi kotttt

Meh aku cite skit2 mengenai kota Karak ni
Kenapa ia merupakan salah satu tempat bersejarah
Copy Paste je tauuuu.. Hehehe

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .

Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka .

Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .




Penat panjat bukit, stop beli air jap
Buat bekal perjalanan kat atas sane
Ni pun dah kat atas, tapi ada lagi yang atas..



Ain Zinnirah:
Penatnyer saya tunggu acik Ayini n acik Sobah
Duduk dulu la..
Sejukkkk


Acik Sobah n kakak Ain
Ni jambatan nak masuk ke kota
Bangunan kat belakang tu macam restoran mewah
Aku tak masuk pun.. Pokai.. Kah3





Ni baru kat jambatan
Tak masuk dalam pun lagi
Kalau dah nama gi sane nak bergambar kan.. ;p



Okeh, ni dah masuk kat dalam kota
Time untuk mengsnap gambar sebanyak mungkin
Sambil jelajah kota ni

Cuaca time ni agak sejuk
Angin agak kuat
Tapi still okey sebab ade matahari lagi



See, tinggi kan?
Bawah tu jalan nak balik ke Mu'tah *aku gak la.. Keh3
Bayangkan jalan kaki dari bawah
Wahhhhh, tipu kannn.. hehehe
Tempat parking bas naik atas sikit dari jalan kat bawah tu

Tak banyak sangat gambar aku buh sini
Sebab banyak yang ngarut2
Malu laaa I.. Jatuh saham.. Kah3


























Dah penat
Jom balik makannnnnn

Oh lupe satu benda,
Kalau nak cari jubah (abaya) murah-murah
Kat Karak ni banyak la
Kene tengok kedai jugak, sebab tak semua kedai jual abaya

Kalau datang Jordan, datang Mu'tah,
Jangan lupe pi sini borong abaya banyak2 hokkey!! ;))



No comments:

Post a Comment