.:: Jom Ikut ::.

Saturday, May 11, 2013

Resipi Mee Kari

Dua tiga hari ni rasa nak makan mee kari
Nak cari kat Ipoh ni, aku tak tau tempat kat mana
Sudahnya, search resipi, wat sendiri la
Boleh la dari tak sedap langsung... Kikiki

Jadi, bermulalah agenda membuat mee kari
Dengan gigihnya petang smalam sambil jogging 
pergi cari bahan nak buat mende alah ni
Pastu boleh pulak ada barang yang lupa beli.. ayyaaaa

So, ingat masa lepas kelas nak gi memborong yang lupa tu
Skali baru tringat uncle india tu tutup kedai kul 10
Aku lak abes kelas pukul 10
Terus msg suami mintak tolong dia beli
Skali suami balas tak sure pulak balik kul brape
Adehhhh....

Lepas kelas tu, aku tawakkal je lah gi kedai uncle
kalo uncle tak bukak, aku ingkar je lah resipi tu
Fuhhh, uncle tu ngah baiki lampu kedai dia
So, tak tutup lagi la.. Rezeki.. Kikiki
Berkobar-kobar nih nak masak mee kari

Balik tu terus siapkan bahan2 kisar
Ingat nak masak kuahnya malam smalam
Disebabkan kepala ni dari petang tu dah berdenyut denyat
Aku batalkan hasrat
Terus masuk tidur

Ini pagi punya projek
Dengan kepala yang sedikit weng, ku teruskan jugak acara masak ni
Dah nak makan sangat kan..
Hambek kau...

Okeh, ini al-hasil 1 jam setengah masak pagi tadi
Tak do lah istimewa mane
Tapi boleh la untuk makan sendiri tu.. hihihi


Ni bahan-bahan tambahan
Penyedap jah ni..
Telur rebus, taugeh, Tauhu goreng, bawang goreng, limau kasturi, daun bawang


Ni kuah karinya
Dalam tu ada ayam, fish ball dan fish cake
Kerang aku tak taruk
Mana mau carik itu kerang malam2 maaaa...


Mee kuning yang macam tak berapa nak kuning sangat


Okeh, dah melalut panjang kan
Meh aku share resipi
Sape rajin boleh buat
Pastu makan puas-puas.. Hehehehe



RESIPI MEE KARI

Resipi : Kak Yati


8 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering - kisar ( aku guna 5 tangkai ja.. tak suka pedas sangat)
1 cawan udang kering - rendam dan kisar ( aku guna setengah cawan)
1 cawan serbuk kari daging babas
1 biji santan (aku guna santan kotak)
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
3 keping asam keping (aku guna 2 je, masam nanti)
garam dan gula
kerang
10 ekor udang
1/2kg daging - (udang, kerang n daging ni aku ganti ngan ayam potong kecik2)
fish ball
tauhu - goreng dulu

Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun
Telur rebus
Tauhu goreng
Bwang gorang
Taugeh
Daun bawang/daun sup
Limau kasturi
Cili jeruk - kalau suka la

- Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
- Masukkan serbuk kari daging yang dah dicampur dengan air, serai, lengkuas dan halia
- Masukkan air dan biar ia mendidih
- Masukkan daging ( aku ganti ngan ayam)
- Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar ia merenih
- Masukkan udang, kerang dan fish ball ( aku guna fish ball n fish cake je)
- Masuukan garam dan gula secukup rasa
- Masukkan tauhu 
- Biarkn ia mendidih
- Sedia utuk dihidangkan

p/s : untuk mendapatkan rasa dan aroma yang enak, boleh perah limau kasturi. Kalau nak pedas, boleh makan ngan cili jeruk

Selamat mencuba ya kawan-kawan :))





Friday, May 10, 2013

Makan Makan Jordan

Duduk saje-saje kat umah ni tibe perut rasa lapar sokmo
Teringat Jordan, teringat nasi Arab



Kat Amman
Makanan sini memang sedap giles
Ayah n mak Ain bawak datang sini
Time tu dah nak balik Malaysia


                                      
Mandy rice
Sedap wooo.. Rasa macam makan yang kat Mesir dulu
Yang belah kiri tu aku lupa nama
Tapi lauk dia kambing
Ayah Ain, ce kabo gak nama nasi tu.. Heeee ;p


Ni pulak,
Roti canai qishtoh.. Hahaha
Dok ingat jugak nama dia
Tapi sedap sangattttt.. Teringat-ingat lagi
Pernah cuba buat skali ngan ahli bayt Fullhouse.. Boleh la...

Bila boleh makan lagi ye??
Gulpp.. Telan liur.. Ngeh ;))


Wednesday, May 1, 2013

Senaman Si Tomy - Suatu Ketika Dahulu


Suatu ketika dahulu, masa tu perasaan keanak-anakan masih menebal dalam diri..
Dok sedor umur dah 21.. Rasa macam 12 lagi.. wakakaka

Aku tahu lagu ni masa duk kat Mesir kejap dulu.. Kalau tak silap aku lah mase tu program HIKMAT kat rumah anak Terengganu

Gila kejap ngan senaman ni... Dok tengok time wat chicken dance agi... 

Hahaha.. Bila tengok mula video hok rakam dulu, golek lop suka.. 
Nik, Amnah, Mok Teh, Ima, Azi, Ummu Hannan
Ingat dop agi... kih3


Monday, April 29, 2013

When People Let You Down 2

Assalamualaikum..

Sambungan dari post yang sebelum ni - when people let you down

Kita harus kuat kan???

Tadi, ku belek-belek file lame
Terjumpa kata-kata yang pernah suami aku pernah bagi masa berchenta dulu..
Mungkin masa tu aku down kot
Atau mungkin masa tu ada orang buat aku down

"Kita harus kuat

Kita memang tidak diberi kekuatan sepertimana sahabat nabi
HAMZAH yang begitu perkasa mempertahankan Islam
UMAR yang begitu tegas dalam tindakan
ABU BAKAR yang bijaksana dalam mengambil sikap

Tapi, kita diberi keazaman mereka semua
Untuk kita terus tabah dan terus berusaha"


When people let you down
Kenapa harus membeci kan??

Kata suamiku dulu..
*sebelum jadi suami*

❤ Jika putih itu indah.. kenapa harus ada hitam?❤ Jika melati itu suci.. kenapa harus ada mawar berduri?❤ Jika kita punya kaki untuk melangkah.. kenapa kita menginginkan sayap untuk terbang?❤ jika kita punya mata untuk menatap masa depan.. kenapa kita pejamkan untuk berkhayal?♥ Hidup ini indah bila kita faham erti hidup yang sebenar..♥ Hidup ini indah jika kita saling menghargai..♥ hidup ini akan lebih indah jika tak ada sedikitpun rasa benci..•► Kerana kita hidup untuk saling melengkapi ...【ツ】


walaupun itu yang suami ku bagi dulu-dulu,
Ku tetap nak ucapkan...
Terima kasih ya incik bun2 :)
I Love You


Sunday, April 28, 2013

When People Let You Down




Kadangkala,
Pabila kita mengajak orang untuk buat sesuatu kebaikan
Dan orang itu menolak mentah2....

Adakala,
Kita mohon sokongan dan kekuatan
Tapi tiada siapa yang layan...

Terkadang, 
Kita cuba sedaya upaya menerangkan keadaan sebenar
Tapi orang itu tak mau dengar...

Perasaan??

- Sedih
- Marah
- Terkilan
- Rasa hati
- Kecewa

.
.
.
.

ISTIGHFAR
SELAWAT
MENGUCAP

ALLAHU

.
.
.

SENYUM :)

Friday, April 26, 2013

Tahniah Kezen


Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan

Tahniah sepupuku..
Izzah & Hayat
Moga rumahtangga yang dibina ini penuh barakah wa rahmah
Moga bahagia hingga akhir hayat

~Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair~



p/s: sori la weh x dapat datang.... Simpan se goodies wat kenangan.. keh3 :)

Demam

Assalam akhi wa ukhti fillah.. salam jumuaah mubarakah...

Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung halaman setelah 12 hari berada di haramain.. 2 tanah haram yang di janjikan Allah keamanan, keampunan, rahmat, barakah di dalamnya.. pakej 3 hari di bumi madinah al-munawwarah, 7 hari di tanah haram makkah masih terasa belum cukup.. Cepat masa berlalu

Hari kedua berada di tanah air, aku dilanda demam yang teruk.. tak pernah lagi demam seteruk ni.. Balik dari jordan dulu pun tak pernah demam.. Mungkin kesan dari bleeding di Makkah akibat tidak pantang.. Di kala sakit begini, hati mula merindui ma dan ayah.. penat mana pun ayah, kaki ku tetap diurut bila mengadu lenguh2.. Penat mana pun ma, tetap dipicit kepala ini bila mengadu pening-pening.. Tapi itu dulu laaaaa * Nangessss*

Lepas kahwin, Alhamdulillah, sesibuk mana pun si suami dengan belajar dan praktikalnya, masih sempat mengurut kaki isteri yang lenguh, masih sempat menyediakan air mandi buat isteri sebelum ke kelas, tidak pernah merungut bila sarapan tidak disediakan, makan tengah hari terpaksa incik suami beli di kedai.. Minta maaf ya.... ;(.. Terima kasih...

2 hari terbaring..Kepala rasa berpusing-pusing.. Bahagian bawah perut terasa mencucuk2.. nak jalan pun sakit sangat.. Nak bernafas pun susah.. Dah macam orang lelah.. Bukan tak nak kuat.. Dah cuba untuk kuat.. Kalau badan je lemah, n kepala sakit, rasa masih mampu gagahkan diri untuk bangun.. Tapi bila buka mata je, rumah nampak berpusing-pusing, memang tidak mampu.. 

Sungguh, demam kali ini sungguh menguji fizikal.. Aku kene sentiasa ingat, ujian Allah ada di mana-mana.. Di sana, ramai lagi diuji dengan ujian yang lebih berat.. Aku bersyukur kerna hari ni sudah mampu untuk bangun walaupun sakit kepala tu masih ada.. Moga Allah cepat sembuhkan... La syifaaun illa minallah :)


Menunggu untuk ke Raudhah.. Antara taman syurga 

ما بيتي و ممباري روضة من رياض الجنة
-antara rumah dan mimbarku adalah salah satu dari taman-taman syurga- hadith



*update jam 6.00pm: Di Jordan kalau demam, ada osmet yang sangat baik.. Cik Rini, Cik Timah, Cik Sibah.. Moga berjaya di KARISMA!! Tidak lupa sup tulang dan red velvet abu ummu Zinnirah.. Cepat ler balik wat sup ke kite... ;p