.:: Jom Ikut ::.

Saturday, November 16, 2013

KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ (KANAK-KANAK&DEWASA)

Ahamdulillah... 
8 bulan sudah usia Kelas Pengajian Al-Isyraq
Sikit-sikit perbaiki keadaan dan kemudahan kelas untuk keselesaan para pelajar

Mula-mula dulu duduk atas lantai dengan sebuah meja belajar yang kecil.
Hari ini, para pelajar dapat menikmati keselesaan dengan kemudahan yang serba sikit ini.
Sekarang kelas ini telah dilengkapi dengan meja, kerusi, karpet, air minum dan rak buku.

Bermula dengan kecil-kecilan begini
Insya Allah, bakal memiliki premis untuk kelas ini nanti
Doakan semoga Allah terus memudahkan urusan kami...

Sesiapa yang berlebihan dan ingin membantu kami memperbesarkan lagi kelas ini atau berminat untuk menghantar anak-anak atau diri sendiri yang berminat untuk menyertai kami, 
Boleh hubungi : 013-9754238 (Maisarah)

***********************


KELAS PENGAJIAN AL-ISYRAQ,
SILIBIN, IPOH PERAK
Kelas Mengaji dan Fardhu 'Ain Untuk Kanak-kanak 

JADUAL A : Isnin-Selasa (9.00-10.30 pg)
JADUAL B : Rabu-Khamis (3.00-4.30 ptg)

Jumaat : Praktikal solat

YURAN : RM40 seorang














**********************************

KELAS MENGAJI DAN FARDHU 'AIN UNTUK DEWASA

JADUAL A: Rabu-Khamis (9.30-11.30 pg)
JADUAL B : Sabtu-Ahad (2.00-4.00 ptg)

YURAN : RM70 seorang







Promote : Bean Bag

Demi untuk keselesaan bayi anda...
Dapatkan Bean Bag dengan pelbagai corak yang menarik
Yang penting, dengan harga yang berpatutan...

Berminat dengan Bean Bag yang comel ini??
Hubungi saya :
013-9754238 (Call/PM/Whatsapp)





































Saturday, September 21, 2013

Allah Loves Us

As-salam akhi wa ukhti fillah


Yes... Its almost true
We, as servants of Allah must be grateful because Allah always love us
He will not let us fall
He will always give us da best
The most important is...

Allah always be with us in any situation

Thank you Allah...

Lazy Maisarah

Lazy maisarah with a lot of excuses... Lepas tu runsing tengok badan bagai dipam-pam.. Lepas tu pasang angan-angan kononnya esok nak jogging pagi-pagi... Kononnnn... Lepas tu tak buat pun... Lepas tu makan lagi.. Lepastu runsing lagi...

Aish, Maisarah!! Bila mau sedar ni??? ~eh, dah sedar laaaaa
Dah tu bila mau mula??? ~errrrr...zzzzzz *tiada jawapan*

Nampaknya Cik Iti Dayah kita dah mula misi pembuangan sisa-sisa lemak... Heeee... Semoga berjaya ya Cik Iti... Jeles nengok nyer haaaaa.......

Friday, September 20, 2013

Bismillah

Bismillah.....

Akhirnya dapat lagi mencoret di sini... Sekian lama terlupa password, hari ini mencuba lagi... loading... n yeaaaaa berjaya masuk....

Maka, bermulalah coretan dari Sarah :)

Selamat membaca!!!

Sunday, May 12, 2013

Resipi Nasi Jagung Versi Mak Saya

Harini tak dek mende-mende nak buat kat rumah ni
Jadi, aku nak share resipi nasi jagung 
Sebenarnya dah 3 hari lepas buat ni
Tapi saje baru nak share ngan korang.. Hehehe
Sempena hari ibu * hari-hari sayang ma okey*

Dulu, ma selalu gak wat nasi jagung ni..Sedap..
Betullah kata orang
Masakan yang paling best adalah masakan mak kita.. Kan3
Makkkkk, nak balikkkkkk.. Sobs ;((

Kalau ma, dia akan buat nasi jagung ni ngan ayam masak tomato
Sebab adik-adik aku ni, kalau gulai deme dok suke mane
Tapi aku nak share nasi jagung ngan gulai ayam
Best jugok, sape kate dok best... Hahahahaha


Ini Nasinya

RESIPI NASI
(Ikut aku punya sukatan la.. Untuk 2 orang makan)

2 pot beras - rendam 1/2 jam bagi dia lembut dan bleh naik gembur
1 biji bawang besar - mayam
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inc halia - kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu butter
2 sudu minyak jagung - aku tak guna sebab tak dek. Guna minyak biasa je
1 tin kecil jagung
Pewarna kuning - aku ganti ngan serbuk kunyit ja
Garam
Daun pandan


- Panaskan butter
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buha pelaga
- Masukkan bawang mayang
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan daun pandan
- Masukkan jagung
- Tumis sampai garing dan naik bau
- Kemudian masukkan beras dan air ikut sukatan beras yang kita guna tadi
- Bubuh garam secukup rasa dan pewarna.. Kacau
- Masak guna rice cooker



Ini gulainya
Maaf ye, gambar 3rd class.. Wahahaha
Benornya nak tunjuk ade ayam, ade kulit kayu manis, ade ubi kentang.. tu je.. ;p


RESIPI GULAI

Ayam
2 biji kentang
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang merah kisar
1 inc halia - kisar
2 paket rempah ayam daging cap bunga ros
2 sudu rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Santan
Air asam jawa
Garam

- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang
- Tumis bahan kisar yang dicampur bersama rempah. Tumis sampai garing dan naik bau
- Masukkan ayam dan gaul rata.. Biar seketika
- Bila dah nampak kuar air ayam tu, masukkan air asam jawa
- Masukkan sedikit air dan santan
- Last skali masukkan ubi
- Siap dihidang


Selamat mencuba :))

Segenggam Tabah

Apa jua dugaan dan halangan dalam hidup, jangan mudah putus asa... Teruslah kuatkan hati, kuatkan keimanan... Kalau kita salah, cepat2 mohon kemaafan, kalau kita betul tapi disalahkan teruslah diam dan jangan menambah minyak dalam api yang sedang membara.. Sesungguh Allah tahu kebenaran di balik kepalsuan

Lagu untuk menguatkan semangat.. Sama-sama kita hayati...


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya