.:: Jom Ikut ::.

Saturday, November 30, 2013

Tutorial Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Assalam dan selamat berhari minggu semua!! 
Hari ini saya nak share cara-cara nak buat nasi tomato yang sangat mudah
Kadang-kadang kita rasa nak makan sedap2 tapi masa pulak tak banyak kan?
Jadi, masak cara simple-simple sudah.. Yang penting rasanya sedap..

Saya sangat suka makan nasi tomato ni..
Nasi boleh boleh la nak di makan dengan kuah masak merah atau pun gulai kari ayam
Kali ni saya share nasi tomato bersama ayam masak merah ala-ala kenduri..


Moh le kita bersiap-siap nak bersilat kat dapur nih... Hehehe


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK NASI :

2 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
3 sudu besar sos tomato - ada jugak orang guna tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

CARA-CARA MASAK NASI:

1) Panaskan butter bersama dengan minyak tadi
Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti

2) Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
Kacau sampai sebati dengan butter
Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu


3) Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato..
Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam..
Kacau sampai sebati


4) Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan


5) Masukkan garam 


6) Sedikit perasa

7) Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
Kacau bagi rata
Kemudian, masukkan dalam rice cooker

                                      
Siap!!!


Okey, skang meh saya tunjukkan cara nak buat ayam masak merah pulak
Resipi ni saya ambik dari blog kak Ana Suzana
Tapi ada lah part-part yang saya derhaka resipi
Ampun yaa.. Hehehhe
Hah, ni pun senang jugak
Tapi makan sedapppppp :)

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam - basuh dan tos

3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4


Bahan-bahan nampak je macam banyak tu.. Bendanya simple aje kan..

Okey, proceed..

CARA-CARA 

1) Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
Kemudian goreng separuh masak..
Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti
Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
Fahamkan??


2) Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang
Tumis sekadar bagi bawang tu layu tau..
Bukan tumis sampai hanget.. Kang ada yang tak makan pulak.. Hehehe


3) Masukkan bahan kisar
Kacau lagi bagi rata

4) Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
Gaul sampai rata dan pecah minyak



5) Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih 
Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya


Tadaaaa...
Senang je kan???
Maaf la gambar tak menarik sebab dah lapar sangat...Hahahah


Nasi tomato dan ayam masak merah ni boleh di makan bersama dengan acar timun
Time ni saya tak buat acar sebab lupa beli timun
Ada juga yang buat sambal belacan ebagai sampingan

Ha.. Tunggu apa lagi??
Selamat mencuba
Tak paham boleh tanya ye
Jangan malu jangan segan :)


NotaSarah: Maaf gambar tak menaik, itu sebab saya tak boleh nak buat blog masakan macam orang lain... Hahahahha




32 comments:

  1. Hi Sarah, tengah cari resepi terjumpa blog sarah ni..:) terima kasih sudi kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... sama2... harap dapat memenuhi selera anda ya :))

      Delete
  2. hi sarah..gk dok pikir nk msk ns tomato arini...request dr mak gk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik gadis kampung... selamat mencuba ya :))
      nanti boleh share gambar

      Delete
  3. salam sis..tq kongsi rsepi..nk tanye la beras tu sis guna bpe cawan utk resepi ni?maseh;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... untuk resipi ni saya guna 1 mug saje... dalam 250g beras.. kalau guna basmathi sis rendam 15 minit... sukatan air dan beras 1:1... tp last skali sis tambah 1 cawan air lagi supaya lebih lembut :))
      selamat mencuba sis

      Delete
  4. Hi Sarah
    Nice tutorial. Tgh cari idea nak masak utk berbuka esok. Thx sharing recipe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai queene... harap dapat menbantu ya.. selamat mencuba..nanti boleh la share gambar :))

      Delete
  5. Thanks sis .. mudah&simple .. suke sangat cubaan prtama mjdi terasa nk buat lg lps ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2 sis... yeayyy.. sukanya dengar.. nanti boleh try dengan gulai ayam pulak :)

      Delete
  6. Terima kasih banyak Maisarah sbb kongsikan Resepi Nasi Tomato yg simple cara membuatnya..
    Nasi tomato memang saye suke sangat mkn waktu bulan ramadhan tahun ni....
    Setelah cube membuatnya memang mantap hasilnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama :)
      nanti rasa nak makan masak sendiri je... mudah dan sedap.. boleh add acar timun dan sambal belacan..lagi aummmmm ^__^

      Delete
  7. anak bujang nak makan nasi tomato,terjumpa resepi mudah dan cepat dalam blog ni..tq yer...

    ReplyDelete
  8. nak tanya ayam masak merah ke masak kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam masak merah... yang macam kat kenduri kawen tu

      Delete
  9. nice tutorial..nak try jugak.
    www.chekuseeha.com

    ReplyDelete
  10. Tq...tgh cari resepi nasi tomato yg simple n mudah..jumpa blog u... japgi nak try la ;)

    ReplyDelete
  11. nampak sedap sgt...best kalau dpt masak dan makan sepuas2nya..nyummy sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fazliana.. kalau beli kat kedai sikit je kan..tak puas

      Delete
  12. wah.. tenkiu sara.. share resipi.. arne sy nak masak ayam masak merah.. utk guest sy dtg dr kl ke perak.. hee..

    ReplyDelete
  13. tomato yang potong 4 tu letak kat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply.. baru sempat bukak blog.. tomato potong 4 tu letak dalam kuah masak merah.. ni untuk 3-4 orang makan

      Delete
  14. wah.. jelas lah tutorial ni...trimekasih..

    ReplyDelete
  15. wah.. jelas lah tutorial ni...trimekasih..

    ReplyDelete