.:: Jom Ikut ::.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesdat #3 : Ini Pilihanku

Aku tahu, aku sedar, sekarang aku terlalu leka dengan cinta dan keindahan duniawi.. Terlalu terbuai dengan cinta insani.. Ya Allah, jauh aku tersasar dari landasan kecintaanMu... Semoga masih ada sinar untuk aku kembalikan diri mendekatiMu, selangkah menghampiri jannahMu, berjuta langkah menjauhi nerakaMu..

Sunguh, cinta insani duniawi itu indah tapi indah lagi cinta dan sayangMu Robbi.. Ampunkan khilafku Robbi.. Terima kasih kerana masih kasihi aku... Terima kasih ingatkan aku.. Terima kasih uji aku..

*Heeee.. Jiwang pulak malam-malam ni... Laman sesawang yang sudah agak sedikit bersawan... Sibuk dengan ujian duniawi.. Moga aku najah ke bandar ukhrawi.. :)

Alhamdulillah, aku bakal menjadi sebahagian dari keluarga Islamic Relief Malaysia (IRM).. Selalu sangat menerima, tak salah sekali sekala memberi.. Membawa hati dan diri, memberi pada yang memerlukan.. Insya Allah.. Semoga aku thabat atas jalan ini... Jom join aku.. Kalau bersedia untuk jadi sukerelawan/wati, klik la link kat atas tu.. Isi borang, pergi training n ikut la step-step seterusnya.. :)

Lama jugak aku berfikir untuk menyertai mereka.. Ye lah, sekarang masih single, tanggungjawab tu tak lah banyak sangat.. Nanti dah kerja, dah jadi isteri orang, dah jadi mama budak, tanggungjawab tu dah makin bertambah.. Takut jugak tak terbantu nanti.. Serba salah.. Tapi, lepas dah fikir panjang, aku rasa inilah jalan terbaik untuk aku terus memberi pada yang memerlukan.. Allah pasti menganugerahkan aku waktu.. Aku yakin, aku mampu.. Kalian juga pasti kan??? Insya Allah..

NotaSarah: Masih berbaki 3 paper dan seminggu je lagi untuk terbang... Moga terus dipermudahkan ^_^


JORDAN, 10:26 PM




No comments:

Post a Comment