.:: Jom Ikut ::.

Tuesday, January 1, 2013

2013 - Moga Terbaik

Selamat pagi warga Jordan dan selamat tengah hari warga Malaysia
Alhamdulillah masih bernafas di awal tahun baru

Moga permulaan tahun baru kita semua baik-baik aja
Bagi yang dah mulakan persekolahan, pandai-pandai lah bahagikan masa
Belajar betul-betul, jangan menyesal dikemudian hari
Buangkan sikit rasa malas untuk berjaya
Bagi yang nak exam tu, buatlah yang terbaik
Jangan bazir kan hari-hari 'study week' anda * macam haku ni ;p
*erkk..macam kaunselor plak..hehehe

Aku di sini, hanya 14 hari sahaja lagi
Lepas tu semua akan menjadi kenangan indah dan adayang pahit
Yang pasti, semua itu takkan aku lupakan

Perasaan ketika ni macam-macam dah bercampur
Sedih ada, happy pun ada, macam tak dak perasaan pun ye
Banyak sangat benda yang nak kene settle before fly balik Malaysia
Banyak jugak duit yang kene guna

Tiket aku skang tak kompem lagi la cane
Tarikh tu ye la dah kompem
Tapi nama aku kat tiket tu
Ada ke dia tulis BINTI MOHD ZAKEI
Adehh.. dah dua kali dibetulkan tapi still same
Mogalah dipermudahkan

Kisah barang-barang pulak
Opkoslah tak kemas lagi kan
Kali ni tak banyak sangat nak kene kargo sebab sem lepas aku dah kargo 3 kotak
Kali ni maybe 1 atau 2 kotak je kot
Tengok la nanti lepas kemas-kemas baru tahu
Mood nak berkemas tak mai lagi.. huk3.. Tolongggggggg

Final exam tinggal lagi beberapa hari
Ni bangun pagi-pagi study tapi biasalah kan, mane boleh nak duk diam
Nak start study tu ada je benda yang nak di buat
Nak makan la, nak hapdet belog la.. Upsss.. heheehe

Apa-apa pun, moga 2013 ni memberi semangat baru kepada kita semua
Setiap tahun kehidupan kita akan berubah, umur kita akan bertambah, tugas kita jua bakal bertambah
Bagi anak-anak yang start bersekolah tu, rutin harian pasti berubah kan??
Yang dah dan bakal bina hidup baru jugak pasti rutin tu akan berubah jugak
Tak pe.. aku tahu kawan-kawan aku kuat
Mesti dah ada perancangan kan kan kan.. Hehehe

Erkk, melalut pa ntah pepagi ni.. Kui3
Barakallahu lakum jamii'an
Moga Allah redha dengan kehidupan baru kita
FIGHTING!!!

No comments:

Post a Comment