.:: Jom Ikut ::.
Wednesday, October 31, 2012
Wordless Wednesday #7: Korban Tanda Cinta
Dah lame sebenarnya nak hapdet tentang sambutan raya di Jordan
Tapi internet sangat lembab macam snail pig lol
Tu jadi membantut hasrat nak nulis.. huh
Seperti ku katakan dulu
Ini raya terakhirku di rantau orang
Dan pastinya aku bakal merindui saat-saat manis ini
Bersama teman-teman
Dan ia pastinya menjadi satu memori
Yang sangat indah untuk di kenang
Aku ni dah malas nak tulis satu-satu kat gambar tu
Korang tengok-tengok lah ye
Biarlah gambar yang bercrita.. ngeee
Kata pensyarahku di UDM dulu,
Satu gambar boleh menceritakan seribu benda
Jadi, cukuplah gambar
Tak perlu kata-kata.. Wakakaka ;))
Sekitar sambutan majlis hari raya di Mu'tah
'Korban tanda cinta'
Yang ni nak kene tulis jugak sikit
Menu spesel gittuu
Sup unta
Memang terbaikkkkk
Bukan senang nak dapat
Dah dua tahun kat sini
Ini yang pertama kali
Dan mungkin juga yang terakhir.. Sobss ;((
Ini pun terbaikkk.. 4 bintang
Nasi tak tau nama
Gulai daging lembu
Rendang daging unta
Occeeyy, mau tido dulu
Esok kelas pukul 8.00 pagi
Sekarang dah pukul 9.15 malam
Enjoy baca gam bar-gambar di bawah ye.. Hehehe
Labels:
Ceritaria hidup,
Eid Adha,
sahabat
Hadiah Hari Ini
Tadi pergi kelas dapat hadiah bun cheese yang yommy n surat cinta yang sangat suwwet..
Sebelum ni pernah request ngan dia nak makan bun cheese yang ada gula
Tak sangka pulak dapat..
Tq Cik Najwa sayang
May Allah blessed n give you more rezeki
Ameenn
'' The best gifts come from ur heart not from ur wallet ''
Labels:
Ceritaria hidup,
sahabat
Monday, October 29, 2012
Berhari Raya Di Jordan
Entry kali ni memang tak dok gambo sangat
Sebab tak gi mana-mana pun
Duk umah, tunggu orang datang, basuh baju
Hari pertama raya diuji dengan tak dok air
Tunggu air naik kat tangki
Memang superbb raya laaaa
Gambar makanan pun dok sempat nak snap
Sobsss..
Ni puding yang aku buat malam raya tu
Strawberry jelly custard pudding
Ada gak perasa cherry n anggur
Atas tu patut hias dengan rainbow chocolate rice
Tapi kat sini tak dok mende-mende gitu
Sudahnya ku tabur ngan milo je.. Ngeh3
Nak resipi??
Tengok sini --> FBku
Nama kuih ni kat sini 'Halawiyyat'
Atau dalam bahasa kita, manisan
Mama (tuan rumah) yang buat sendiri
Aku sempat tanya yang kaler kuning tu je
Depa buat ngan minyak sapi
Aku tak tau lak nama kuih tu hape.. *cepat je lupe..
Erkkkkk..
Ngan anak mama n kawan dia
Depa datang beraya rumah kami
Bagi kek sepotong sorang, makan secubit je.. *rugi2
Kami bagi dia minum air sirap *arab: maa' wardah katanya.. hehehe
Dari pagi sampai malam tetamu datang
Alhamdulillah, walaupun penat, sangat gembira
Terubat rasa rindu kat rumah time raya
Tetamu datang bawa berkat
Esoknya, raya kedua, sembelih untuk korban
Memang tak pergi
Kalau pergi memang takkan makan
untuk tahun ni,
Persatuan Pelajar Malaysia Mu'tah tumbangkan 1 ekor unta, 2 lembu dan 10 kambing
Alhamdulillah, rezeki tahun ni dapat makan unta
Rezeki tuhan bagi bukan kerajaan bagi occeyy??? Heeeee ;p
Ni bukan skandal okkeyy.. Dah jadik bapak orang dah depa nih
Aku curik gambo ni kat fb ust Kimie (tengah) *sooori, copy tanpe kebenaran ;p
Tuh la unta yang dijamin tempatnya di syurga kelak
Bakal menjadi tunggangan mereka yang berkurban
Allah3, besar rahmatMu ke atas kami..
Moga di terima di sisiMu
Taqaballahu minna wa minkum jamiiann
NotaSarah: Next entry raya esok la pulak. Mata udah layu.. zzzzzzz
Labels:
Ceritaria hidup,
Eid Adha
Petang Eid ul Adha
ٍBaru berkesempatan nak hapdet belog
Salam eid ul adha buat semua
Kullu 'am wa entu bi alfi kher
Taqabalallahu minna wa minkum
Eid terakhirku di bumi Jordan..
Pagi raya, aku dan ahli rumah ke pasar (pekan Mu'tah)
Beli sikit barang-barang untuk masak pagi raya
Tak banyak pun juadah kami
Sebab kami dok bercadang pun nak buat open house tahun ni
Nak open mouth je.. Hihihi
Pekan Mu'tah yang agak masyghuul (sibuk)
Pagi tu memang agak sibuk
Arab-arab semua duk berebut beli barang
Harga barang ku kira agak berbeza dari biasa *perasaan je kot
Ni depa duk jual atas lori
Jual borong.. Maybe murah skit kot
Nak raya kan
Sempat lagi baiki kasut.. Hehehe
Kalau kat malaysia, beli baru jeeee
Ni jalan nak balik ke rumah aku
Jalan ni hari-hari biasa pun memang banyak kereta
Tepi-tepi tu ade kedai runcit, kedai pakaian,kedai kasut, kedai topup *lengkap semua
Dua orang ni, aku dan dia
Masih gigih meredah lautan manusia dan kereta
Walau kaki penat melangkah
Nak raya weiii.. ;)
Jem!!
Dan bunyi hon bertubi-tubi membingitkan telinga
Arab memang macam tu
Lmbat jalan skit dah hon hon honnnn
Kalau depa ade kat KL cane agaknye yer??
Kenderaan biru merah tu lah yang melambatkan keadaan
Nampak tak??
Arab oh Arab
Kat kedai sayur
Memang ramai giler orang
Santapan petang raya
Adat berjauhan dari keluarga
Sobssss ;((
Operasi membuat nasi himpit
Kalau kat Malaysia aku beli yang dah siap
Rebus je senang
Dah duk tempat orang, pandai2 sendiri lah ye..
Malam tu jugak siapkan sambal bilis, nasi lemak, puding, kuah kacang
Perah santan, potong-potong sayur
Zap zap zap, dalam pukul 11 malam siap semua
Alhamdulillah
'Ala kulli hal, semuanya berjalan lancar
Labels:
Ceritaria hidup,
Eid Adha,
story mory
Selamat Hari Lahir Housemate
Labels:
Ceritaria hidup
Wednesday, October 24, 2012
Wordless Wednesday #6 : Bicara Cinta
Cinta ada ketikanya menembak jiwa, melelah perasaan
Ada cinta dapat dirasai bukan untuk dimiliki
Sesungguhnya cinta adalah anugerah
Kepada insan yang rela menerimanya denga hati dan perasaan!
Penantian itu kadang menguji kesetian
Setia itu memerlukan kesabaran
Ketika pertemuan itu ada
Cinta bukan seperti daun maples
cc: Sis Sophea @ Piah Dungun Anok Cik Ngoh, Amsterdam
NotaSarah: Hati yang sedang bergelora.....
Labels:
Ceritaria hidup,
Love,
WordlessWednesday
Monday, October 22, 2012
Warna Itu Cantik Kan
Labels:
Ceritaria hidup
Sunday, October 21, 2012
Kamu, Semoga Berjaya
Labels:
Ceritaria hidup,
Love
Saturday, October 20, 2012
Dulu dan Sekarang..
Zaman aku dulu...
Handphone 3310 ja.. Tu pun lepas spm baru bulih dapat
Kasut, kenai Bata n Kasut YOu ja..
Baju, Lady Like tu kira paling mahal
Handbag, tak pernah terfikit nak pakai pun
Pencuci muka, pakai yang fair n lovely je pun
Tak pernah ku kenal iPad n Tab
Zaman skang, budak2 semua dah advance
Handphone semua dah upgrade, Samsung, iPhone, BB * aku punya BB ni pon arg bg tau2*
Budak skang dah kenal Dr Cardin, Hush Puppies *aku pakai kasut bundle je kat sini.. sobs*
Depa skang ni baju semua branded2, paling kurang Xara *aku kenal Xara sejak duk Jordan, mase umur aku 23
Budak skolah rendah pun dah pandai pakai handbag tauuuu *aku still pakai beg galas balakng kot. I look younger than my age.. kah3*
Jangan terkejut la kalau budak sekolah pun dah pakai SK2..
Tak yah nak cakap anak orang, adik aku yang darjah 2 tu lebih advance guna iPad berbanding aku..
Tapi adik-adik ku sayang, sahabat2 tercinta,
Tu semua bukanlah menjanjikan sebuah kebahagiaan
Kebahagiaan bagi aku, cukuplah apa yang aku ada tp membuatku tak serabut memikirkannya
It's not about what make u happy
It's about HOW it makes u happy
:))
Labels:
Ceritaria hidup
Friday, October 19, 2012
I wish I am Still A Kid
Salam Jumaat penuh keberkatan
Penghulu segala hari
Jumaat adalah hari membasuh se Mu'tah * eh, ye ke?
Hellooo, kami bukan malas yo
Air kat sini naik seminggu sekali
Ade je rumah air naik 2 o 3 kali seminggu
Tapi kalo dah dapat tuan rumah yang kedekut tangkai jering, di tutupnya paip
Seminggu skali je lah air masuk kat tangki jawabnya..
Seperti hari-hari lain
Pagi Jumaat di Jordan sangatlah panas
Baju cepat je kering
Kulit pun dah jadi kering kontang
Pakai krim pun tak jalan
Sudahnya, aku biarkan je
Ok lah tu nanti
Kepalaku dah mula rasa berbahang *sigh*
Mood study untuk exam ahad ni macam dah terbang
Agaknya kalau dapat berendam ni,, arghh nikamtnyaaaaaaa
Mana ku mau cari ayor??? *berendam dalam baldi je aci tak?*
Hari Jumaat adalah hari makan-makan jugak
Bile lah nak turun berat ni
Terkadang aku terfikir
Kenapa la risau sangat badan berisi
Tak mati pun kannnnn
Risau takut tak da orang nak??? *itu mustahil laaaa*
Maybe risau takut dia pandang pompuan lain kottttt.. Kah3
Ntah pape kan
Bukan senang tau nak jadi pompuan
Banyak yang kene fikir dan jaga.. Hehehehe
kadang-kadang seronok jadi kanak-kanak
Tak payah nak fikir ni semua
kan3??????
Makan, tido, main
Tak payah nak fikir basuh baju
Tak payah nak fikir exam
Tak payah nak fikir kurus
Tak payah nak fikir cantik
Arghh.. sangat seronok kot..
Heh, macam dok bersyukur pulak aku neh
Alhamdulillah, membesar dengan sihat.. Keh3
Study study studyyyyyyy la Cik Sarahhhhh
you're no longer a kid
Okesss..Babaiiii..
Labels:
Ceritaria hidup
Thursday, October 18, 2012
Hari Ini Hari Khamis
Khamis, hari paling ditunggu2
Penat... Yeayyy boleh rehat sudaaa
Lapar sangat.. Kelas last pulak dr tak masuk
So, ape lagi.. Angkat kaki laaa..
Sebelum balik rumah singgah isi perut jap
Santapan tengah hari tadi, Maqlubeh
Memandangkan ferrero rocher yang ku simpan tu, si Ain dah makan,
Cik Arini ganti kan dengan yang baruu
Yeayyy.. Walaupun tak sama tapi ia serupa.. Keh3
Lepas 3 bulan baru aku makan.. Kah3
Ini muka tersangat penat
Sampei kembang idung2.. Kah3
Cuaca hari ini di Jordan agak panas
Macam nak masuk musim panas pulak
Padahal kalau ikutnya dah masuk musim sejuk
Alhamdulillah
Selesai 2 exam, semalam dan hari ini
Semalam, exam Fiqh Qodo'.. Mengenai kehakiman
agak bengang.. Soalan punya lah senang, aku pi wat salah jugak
Heii heii heii, apa nak jadi apa nak jadiiiiiii
Hari ini, exam Muamalat Maliah, mengenai muamalat zaman sekarang
Syukur, serasa macam boleh je jawab
Tunggu je lah natijahnya bersama doa yang tak putus
Aaameeeennnn
NotaSarah: Projek dietku masih hancussssssss.. Arghhh!!!
Labels:
Ceritaria hidup
Friday, October 12, 2012
Hari Ini Jumaat
Salam Jumaat Mubarak
Pagi yang sejuk, sedikit medung di bumi Jordan
Musim panas bakal berlalu meninggalkan bahangnya
Ahlan wasahlan musim sejuk
Para tholibul ilmi
Persiapkanlah diri untuk menghadapinya
Bukan mudah
Kerana sangat indah andai bermalas-masalan di bawah selimut yang tebal
Robbi Yassir wala Tu'assir
Permudahkanlah urusan kami tholibul ilmi di sini Tuhan
Labels:
Ceritaria hidup
Thursday, October 11, 2012
Ferero Rocher Lambang Cinta
Mungkin kerna dia tahu ku suka ini
Aku memang suka coklat
Sebab coklat boleh buatkan stress ku hilang
Sangat happy kalau orang bagi coklat
Tak kisah la coklat jeneis ape kan..
Mood swing pun boleh tukar jadi bunga2.. Ececee..
Nak2 kalo black chocolate.. Memang tersangat best
Kadang-kadang aku pelik jugak
Kenapa coklat mesti menjadi antara lambang cinta selain daripada bunga??
Aku tak tahu dan tak pernah tahu ye..
Yang aku tahu, aku sangat suka coklat
*Eh, ape ntah melalut nih.. Adehh*
Tapi memang pelik kan??
Ferero Rocher tu...
Ada kenangan tersendiri
Entah berapa bulan aku simpan.. 4 bulan dah kot.. Hik3.. *tak senonoh*
Sayang nak makan kot.. Ekekeke
Yang pasti, satu tu je simpan.. *wat peluk time tido*
Yang lain dah selamat membasi dalam perutku.. Kah3
Di Jordan,
Ade je pun Ferero Rocher ni
Tapi kalo beli orang akan cop kita orang kaya lama
*Biar pun duit dalam beg hanya ade 5 Dinar je*
Mahal woooo
Skali skala kalau dah meroyan sangat, beli lah jugak.. Heeee
Ntah pape aku melalut malam-malam buta nih
Tak dak idea maaaaa
Papepun,
Terima kasih ye buat yang memberi
Jumpa nanti beri lagi.. Keh3 ;p
Labels:
Ceritaria hidup,
Love
Wednesday, October 10, 2012
Aku Mahu Kurus : Part 2
Hari ini terasa kurang sihat
kenapa ye? Takkan la sebab perubahan cuaca kot kan
Macam tak logik la pulak sebab cuaca cam stay okey lagi la
Nanti dah betul-batul sejuk baru la meragam
Then baru lah aku ingat
dah hampir 3 minggu aku makan itu ubat
Timbang pun tak turun-turun lagi berat
Ye lah mane nak turun kan
Makan nasi tak hengat dunio
Padan muka.. Penat je kot telan liur nengok orang makan.. Keh3
Okey, berbalik pada cerita asal ye
Hari ni memang terasa kurang sihat
Bangun pagi badan habis lenguh-lenguh
Kepala berdenyut-denyut memang pusing la
Pinggang n belakang pun rasa berdenyut
Muka jadi kering yang amat teruk
Tekak rasa perit
Eh, kot salah wat senaman??? Skipping sangat..
Warming up buat last..
Konon la tu buat-buat bijak.. Adehhh
Dalam sakit-sakit mamai *aku ambik penadol 2 biji*
Aku memuhasabah diri *cettt..Konon la*
Oh, aku minum air masak tak sampai pun 3 liter sehari
Sehari tu, kalau hari skolah aku dapat ambik dalam 2 liter lebihnya
Then aku pun bukak la group shaklee ni
Ada antara diorang jadi macam aku ni
Memang sah!!! Air tak cukup!!!
Adehhh, aku ni sebenarnya kalau hari sekolah bukan tak mo minum ayor banyak2
Tapi dok larat nak berulang pi toilet lerr
Dah lah kelas last2 tu memang tak dek gap langsung
Kene bekejar sangat2
Kadang-kadang aku terpaksa tahan kencing tauuuu!!!
Ye laaaa.. nak kurus sangattttt kannnnnn
Itu satu hal..
Then aku rasalah kan, makin aku makan ubat ni makin aku kuat minum ayor,
makin buncit lak aii perut ni
Dah macam mama pegneng dah.. keh3 * dah boleh bayang kalu aku pegneng*
Aku ni risau la jugok
Mane idoknyer.. Patut makin diet makin kempis la ye
Aku pun tanya la sepupu aku merangkap master aku
Aku cakap hari-hari aku buang air besar
Dia pun pelik kenapa jadi buncit
Aiiii... Teman udah riso nih..
Bertenang2
Sekali lagi aku bukak group shaklee
Kot la ade yang masalah same ngan aku kan
Senang la nak tengok
Cari punya cari terjumpa lah satu artikel
"Kenapa bila saya makan shaklee ni makin teruk jadinya??''
Gittew la lebih kurang tajuknya
Ahhhaaa.. Dah jumpa pun..
Yeahh,, its a healing crisis.. Pergghhh... Lega
Insya Allah dalam seminggu dua lagi ok la
Dah hari ini, nampak sudah keberkesanannya
Perut dah nampak kempis sikit
Tak da la bincit macam pegneng 4 bulan.. Keh3
Juz wait dengan sangat tak sabar nk tengok perubahan pada badan!!!! :)
Antara healing crisis yang aku alami
*tanda yang warna-warni tu*
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak
Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Edema (membengkak) Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Labels:
Ceritaria hidup,
Projek Kurus
Monday, October 8, 2012
Dia Ayah Saya
Ini abang ayah saya... *opkoslah yang dok pakai tudung tu kannnn
Nama ayah saya Mohd Zukri Bin Senik
Ayah merupakan anak ke empat dari 8 orang adik beradik
Ayah di kenali sebagai ayah, Abg Ri atau ayah Cik atau Hj Zukri (walaupun tak pernah lagi pergi haji) atau Bos atau Imam Zukri *pilih lah nak panggil mane satu..keh3
Berkhidmat dengan Syarikat Air Terengganu (SATU)
Merupakan graduan lulusan Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam bidang civil engineering
Ayah seorang yang sangat ceria dan bermotivasi tinggi
Suka bergurau
Agak pendiam bila berada di kalangan orang yang tak dikenali
Sangat suka makan buah betik.. Hehehe
Makanan kegemaran ayah sangat sangat ringkas ; Kuah singgang!! *saya suke2
Kalau ayah marah, dia diam je.. Tak bising-bising.. tapi kami takut kalau ayah marah tau2
Hobi ayah bermain badminton
Kadang-kadang ayah suka menukang... Kat belakang rumah je pun..
Almari-almari kat rumah kebanyakan ayah yang buat
Tapi sekarang, mesin-mesin ayah dah jadi pekasam.. Kui3
Ayah juga suka menanam.. Penuh pokok kat kolam ayah tanam
Ayah sangat suka ikan.. Kat dalam rumah ada satu akuarium.. Kat luar ada satu.. Pastu ayah buat kolam pulak.. Nampak tak yang ayah sangat suka ikan???? Errrkkk
Ni lah taman mini ayah..
Walaupun tak sebesar rumah orang lain, ayah sangat berpuas hati dengan idea dia
Ni masa mula-mula siap..
Sekarang taman mini ayah penuh dah dengan pokok-pokok
Ini ialah kereta idaman ayah.. Volvo s80
Sekarang ayah pakai volvo 940.. Saya pun suka bawak volvo ni.. Peneman saya ke mana sahaja saya pergi hingga menyebabkan saya sudah kopakk..
Minyak kereta ayah mahal woooo.. Saya tak mampu.. Tapi saya bawak jugak.. Huhuhu
Agak-agak lah bila ayah nak beli kereta ni ye??? *thinking*
*ayah berbaju melayu merah darah ikan*
Ayah sangat mesra dengan staf-stafnya..
Kadang-kadang ayah tegas jugak kalau pekerja dia buat salah
Pekerja ayah sangat sayang ayah
Apa yang ayah nak makan depa akan buat tau...
Kalau ayah buat makan-makan kat rumah dari jauh depa sanggup datang
Ayah nak gi mana, depa ikut je
Nampak tak?????
Ayah juga peminta setia ustaz azhar
Kalau ayah senyum sorang-sorang maknanya ayah ngah dengar ceramah lah tu
Ayah peminat setia web blog haramain.com
Kadang-kadang ayah tengok orang tawaf melalui situ la
Saya sentiasa doakan impian ayah untuk pergi haji tercapai.. Ameeenn
Ayah seorang yang sangat rapat dengan anak-anak sedaranya
Dah macam anak sendiri kan3?
Suatu waktu dulu, ini juga pernah jadi hobi ayah
Tapi hangat-hangat tahi ayam je.. *eh.. tak pasal ayam dapat name..keh3*
Dan ini lah hobi terbaru ayah
Dah tak terkira berapa ekor ikan yang mati..
Percubaan katanya..
Kadangkadang nampak ayah dah macam saintis duk nguji Ph air tuh hari2.. Hak3
Dan, yang pastinya semua gambar tu saya ambik di fb ayah
Jangan tak tau, ayah saya bab2 ni update tau
Sekian cerita tentang ayah
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku
Kau jagalah mereka sepertimana mereka menjaga ku
Kau permudahkanlah urusan mereka seperti mana mereka sentiasa mempermudahkan jalanku
Kalu kurniakanlah mereka rezeki sebanyak mana mereka memberi kepadaku
Ameeennnn
Labels:
Ayah,
Ceritaria hidup,
Love
Subscribe to:
Posts (Atom)