Ini abang ayah saya... *opkoslah yang dok pakai tudung tu kannnn
Nama ayah saya Mohd Zukri Bin Senik
Ayah merupakan anak ke empat dari 8 orang adik beradik
Ayah di kenali sebagai ayah, Abg Ri atau ayah Cik atau Hj Zukri (walaupun tak pernah lagi pergi haji) atau Bos atau Imam Zukri *pilih lah nak panggil mane satu..keh3
Berkhidmat dengan Syarikat Air Terengganu (SATU)
Merupakan graduan lulusan Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam bidang civil engineering
Ayah seorang yang sangat ceria dan bermotivasi tinggi
Suka bergurau
Agak pendiam bila berada di kalangan orang yang tak dikenali
Sangat suka makan buah betik.. Hehehe
Makanan kegemaran ayah sangat sangat ringkas ; Kuah singgang!! *saya suke2
Kalau ayah marah, dia diam je.. Tak bising-bising.. tapi kami takut kalau ayah marah tau2
Hobi ayah bermain badminton
Kadang-kadang ayah suka menukang... Kat belakang rumah je pun..
Almari-almari kat rumah kebanyakan ayah yang buat
Tapi sekarang, mesin-mesin ayah dah jadi pekasam.. Kui3
Ayah juga suka menanam.. Penuh pokok kat kolam ayah tanam
Ayah sangat suka ikan.. Kat dalam rumah ada satu akuarium.. Kat luar ada satu.. Pastu ayah buat kolam pulak.. Nampak tak yang ayah sangat suka ikan???? Errrkkk
Ni lah taman mini ayah..
Walaupun tak sebesar rumah orang lain, ayah sangat berpuas hati dengan idea dia
Ni masa mula-mula siap..
Sekarang taman mini ayah penuh dah dengan pokok-pokok
Ini ialah kereta idaman ayah.. Volvo s80
Sekarang ayah pakai volvo 940.. Saya pun suka bawak volvo ni.. Peneman saya ke mana sahaja saya pergi hingga menyebabkan saya sudah kopakk..
Minyak kereta ayah mahal woooo.. Saya tak mampu.. Tapi saya bawak jugak.. Huhuhu
Agak-agak lah bila ayah nak beli kereta ni ye??? *thinking*
*ayah berbaju melayu merah darah ikan*
Ayah sangat mesra dengan staf-stafnya..
Kadang-kadang ayah tegas jugak kalau pekerja dia buat salah
Pekerja ayah sangat sayang ayah
Apa yang ayah nak makan depa akan buat tau...
Kalau ayah buat makan-makan kat rumah dari jauh depa sanggup datang
Ayah nak gi mana, depa ikut je
Nampak tak?????
Ayah juga peminta setia ustaz azhar
Kalau ayah senyum sorang-sorang maknanya ayah ngah dengar ceramah lah tu
Ayah peminat setia web blog haramain.com
Kadang-kadang ayah tengok orang tawaf melalui situ la
Saya sentiasa doakan impian ayah untuk pergi haji tercapai.. Ameeenn
Ayah seorang yang sangat rapat dengan anak-anak sedaranya
Dah macam anak sendiri kan3?
Suatu waktu dulu, ini juga pernah jadi hobi ayah
Tapi hangat-hangat tahi ayam je.. *eh.. tak pasal ayam dapat name..keh3*
Dan ini lah hobi terbaru ayah
Dah tak terkira berapa ekor ikan yang mati..
Percubaan katanya..
Kadangkadang nampak ayah dah macam saintis duk nguji Ph air tuh hari2.. Hak3
Dan, yang pastinya semua gambar tu saya ambik di fb ayah
Jangan tak tau, ayah saya bab2 ni update tau
Sekian cerita tentang ayah
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku
Kau jagalah mereka sepertimana mereka menjaga ku
Kau permudahkanlah urusan mereka seperti mana mereka sentiasa mempermudahkan jalanku
Kalu kurniakanlah mereka rezeki sebanyak mana mereka memberi kepadaku
Ameeennnn
No comments:
Post a Comment