.:: Jom Ikut ::.

Saturday, March 17, 2012

Winter Break Trip


Kali ini Persatuan Mahasiswa Mu;tah (PERMATA) di bawah kelolaan Biro Perhubungan membawakan kami percutian musim sejuk ke beberapa buah tempah menarik di Jordan.. Antaranya ialah Jerash, Ajlun, Ummu Qois, Petra dan Aqobah selama 3 hari 2 malam... Aih!! Awat ayat skema lak ni?? Hik3 ^^

First day trip kami ke Utara Jordan iaitu Jerash, Ajlun dan Ummu Qois.. Pejalanan dari Mu'tah ke Jerash memakan masa hampir 3 jam... 

Terletak di bahagian tengah utara Jordan. Berdekatan dengan Irbid, bandar kedua terbesar selepas Ibu Negara Amman. Dengan koordinat 32 16 20.21N - 35 53 29.03 E pada perisian Google Earth, anda akan mampu melihat dengan jelas, bagaimana rupa bentuk Jerash dari udara.

Jerash berasal dari Gerasa, merupakan sebuah kota metropolitan di zaman pemerintahan Rom. Panjang Kota canggih di zaman Gangsa ini lebih kurang 2km. Berkelana dari pintu masuk setelah membayar tiket semurah 50 Qirsy ( RM 2.50 ), membelah dada kota klasik ini memerlukan masa hampir 20 minit. Namun, untuk menikmati kindahannya, pastinya hampir menelan separuh hari.

Lebih 50% infrastruktur kota ini musnah dek gempa bumi, namun keindahannya masih terasa. Dua buah theatre, atau Colosseum masih dalam keadaan hampir sempurna. Pusat pentadbiran dan rumah ibadat ( temple ) masih agak kacak berbanding usianya yang menjangkau ribuan tahun.

Sejarah mencatat, Jerash masih diduduki pada zaman Uthmaniyah. -hasanhusaini-

























Selepas penat kami ronda Jerash, Kami terus bertolak ke Ajlun yang terletaknya tidak berpa jauh dari Jerash tetapi nun jauh di atas bukit..


45 minit dari Jerash, membelok sedikit ke barat dan mendaki pergunungan yang menghijau, saya tiba di puncak gunung yang menempatkan sebuah Qal'ah ( kubu ). Qal'ah Al-Rabad.

Menurut maklumat dari pemandu pelancong kami, Us Fudhail yang baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Mudanya, Kubu ini dibina oleh Jeneral Izzuddin Bin Usamah. Beliau merupakan anak saudara kepada Jeneral Agung Islam, Salahuddin Al Ayyubi.

Menurut catatan sejarah yang terpampang di pintu masuk, kubu ini berfungsi sebagai tempat mengintip tentera salib dan markas penguasaan lombong besi yang terdapat di sekitar Ajloun. Tepat sekali firasat itu. Puncak gunung setinggi ini strategik dan cukup bagus untuk dijadikan tempat tinajaun. Liputan pandangan ke bawah cukup terang dan jelas. Lubang-lubang sempit untuk memanah musuh yang menyelinap naik terdapat di sekeliling dinding kota. Sekali lagi sejarah mencatat, tentera Uthmaniyyah pernah berpengkalan di sini.  -hasanhusaini-










Hanya sekadar satu persinggahan di Ajlun memandangkan masa mencemburui kami... Takut tidak sempat ke Ummu Qois..

Hujung paling Utara Jordan menjadi matlamat kami. 30km dari Barat Laut bandar Irbid. Di situ terdapat sebuah perkampungan di puncak gunung. Bersempadan dengan Syria dan Israel. Umm Qays.

Perkampungan berusia ribuan tahun itu cukup unik. Dari sini, saya dapat menyaksikan penempatan Israel,  bukit di Syria yang putih dilitupi salji,Tasik Tabari dan Bukit Golan yang masyhur. Bukit yang menjadi sumber air iu menjadi mangsa rebutan tiga negara. Jordan, Syria dan Israel.

Penempatan klasik ini masih mempunyai ciri-ciri Rom. Tiang-tiang tinggi dan Colosseum sekali lagi menjadi identiti. Penempatan unik ini merasai empat bentuk pemerintahan. Greek, Rom, Byzantium dan Uthmaniyyah. Kesan itu masih jelas terlihat pada warna batu yang digunakan untuk membina bangunan di situ.


Binaan sebelum kedatangan Uthmaniyyah dan Islam menggunakan batu Igneus berwarna hitam. Manakala binaan zaman pemerintahan Islam Uthmaniyyah menggunakan batu  dan marmar berwarna putih. Saya menjenguk-jenguk ke dalam rumah. Kalau masih ada generasi berjiwa kental Uthmaniyyah, bolehlah saya menumpang semangat. -hasanhusaini-






2 comments: