.:: Jom Ikut ::.

Thursday, March 22, 2012

Oh, Manusia!!

Jap lagi nak exam Muqoronah Adyan (Perbezaan Agama) tapi terasa nak coret sesuatu.... Duk bace-bace prinsip-prinsip orang Yahudi yang kurasakan sedikit kejam terhadap manusia selain Yahudi, aku terfikir mengenai manusia yang semakin hari semakin kejam!!

SYIRIA

Jordan dan Syria boleh dikatakan ibarat langkah sekangkang sahaja.. Baru-baru ini dapat satu berita jambatan yang menghubungkan Jordan-Syria telah dibom oleh tentera Basyar Asad.. Mungkin kerana bimbang Jordan menghantar askar-askar mereka untuk membantu puak-puak Ahlu Sunnah di sana... Kedengaran juga Basyar Asad akan menyerang Jordan pada bila-bila masa sahaja andaikata Jordan turun membantu lawan mereka... Allahurobbi...

Di sana, anak-anak kecil yang suci, tidak berdoasa dibunuh degan begitu kejam.. Puak-puak syiah mula menyerang Ahlu Sunnah kerana bagi mereka darah Ahlu Sunnah adalah halal bagi mereka.. Kejam!! Setiap hari berpuluh-puluh malah beratus-ratus manusia dibunuh.. Ya Allah, peliharalah Syria dan ahli-ahlinya yang beriman kepadaMu..

MALAYSIA

Selamatkah Malaysia sekarang?? Huh!! Situasinya pastilah berbeza.. Negara kita seolah-olah sebuah negara yang aman dari lensa mata manusia.. Itu fantasi.. Hik3.. Realitinya?? Di sana juga kanak-kanak yang tidak ada secalit dosa diculik, dibunuh, dirogol, dibakar dengan begitu tragis... Setiap hari ada je berita mengenai pembuangan bayi, berita mengenai penculikan, rompakan, ragut dan samun.. Hakikatnya, Malaysia juga dah tak aman... Kan3??

Aku banyak terbaca status dan komen-komen kawan-kawan kat FB. Depa cakap skang nak keluar sorang-sorang dah kene hati-hati.. Takut.. Takut dengan kes penculikan, takut dengan kes ragut, samun, seluk poket dan banyak lagi..

Kata mereka lagi, berada di negara sendiri tapi seolah-olah berada di Bangladesh, seolah-olah berada di Indonesia, seolah-olah berada di negara asing.. Ke sana ke mari mata pasti melilar, takut-takut ade yang meraba, beg sandang harus dipeluk kuat-kuat agar tiada yang meragut... Ya Rahman... Peliharah mereka...

JORDAN

Kat sini, tiadalah yang paling kejam kecuali anak-anak kecil yang membaling batu ke arah kami pelajar Malaysia... Hahahaha... kejam kah? Agaklah.. Sakit kot kalau kena.. Bukan batu kecil tapi besar.. Ada juga yang berani mengejar balik, tak kurang ada yang balas baling dan ada yang hanya berdiam diri, marah dalam hati je.. Hek3.. Aku ke tu? Eh tak la... Kui3

Awal semester baru ni, ada demo pekerja... Kata mereka mogok sebab gaji rendah.. Oh, patut la.. Ye la, mana tak nya. Harga barang semakin hari semakin naik.. Baru-baru ni harga barang,pengangkutan da tarif letrik dah dinaikkan kepada 30%..

Kalau awal-awal datang dulu, RM500 dah cukup untuk menampung hidup di bumi Mu'tah ni.. tapi sekarang?? nak botak kepala pikir ni... Huhuhu.. Hakikatnya di sini, orang-orang kaya semakin kaya dan yang miskin tidak dibela...

Oh, manusia...
Berbaliklah kepada fitrah anda dan saling membantulah....
Usah berlaku kejam, tidak kemana anda..
Hanya ada dua, syurga atau neraka...


No comments:

Post a Comment