.:: Jom Ikut ::.

Sunday, March 18, 2012

Winter Break Trip 2

Selepas penat mengerah tenaga di Utara Jordan, trip seterusnya adalah ke Petra dan Laut Aqabah...

PETRA boleh dikatakan antara tempat pelancongan terkenal di Jordan.. Sebab kalau orang datang Jordan mesti nak gi Petra dan Laut Mati.. Dikatakan Petra mula di bina pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi kaum Nabateen..

Petra merupakan hasil seni bina batu dan pembuluh air... Kalau kita mask dalam ni, bukan kata sehari, dua hari pun tak cukup lagi nak jalan-jalan meneliti arkeologi kat sini... Selain itu, Petra telah dipilih sebagai 7 keajaiban baru dunia dan salah satu dari 40 buah tempat yang anda perlu lawati sebelum mati... hek3 ^^

Aku bersama 3 housemates kesayangan memulakan perjalan dari pintu masuk Petra jam 11.30 pagi setelah mengisi perut dan menunaikan solat... Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan ukiran-ukiran pada batu yang sangat unik.. Subhanallah... Memang tak terkata apalah... 









-laluan di celahan batu dan mungkin belahan bukit-




Huh!! Akhirnya sampai jugak kat pintu gerbang mercu tanda Petra ni... Nak sampai ke sini, kami ambik masa hampir sejam kot.. Skali ngan bergambar la... Hihihi.. Sampai je sini, memang sangat-sangat teruja... waaaa... Macam tak caye je boleh sampai kat sini... Aku cakpa kat budak-budak ni.. " Tak sampai dalam pun tak pe la... Asal sampai kat pintu gerbang ni..." Hahaha...

Oleh kerana sangat-sangat teruja, aku meneruskan lagi perjalanan masuk ke dalam Petra...
















Dan setelah hampir 5 jam kami di dalam kami selamat tiba di pintu utama Petra... Fuhhh... nak patah kaki kot... Mase masuk laju je... Mase keluar, aduhhhh... Lambatnyer nak sampai kat depan... Disarankan memakai sport shoes la kalau nak datang sini... Kalau pakai kasut ayu2 tu, tak dek maknenyer... Memang kebas n bengkak habis la kaki tu... Hahahaha

Then, kami meneruskan perjalanan ke Aqabah...

Aqabah terletak di Selatan Jordan dan merupakan stu-satu sumber laut selain daripada Laut Mati.. Teluk Aqabah ni adalah sambungan dari Laut Merah (laut dalam kisah nabi Musa.. Ingat x?? Kalau tak ingat recall balik ye...).. Laut Merah merupakan menyambung antara 4 buang negara iaitu Jordan, Mesir, Palestin dan Arab Saudi.. Kerana lokasinya yang sangat strategik ni, Aqabah merupakan tulang belakang bagi Negara Jordan untuk mendapatkan sumber pendapatan negara seperti import eksport, pelabuhan, ikan, pelancongan dll..

Aqabah ni name lamenya adalah Ayla.. Name ni digunapakai sejak zaman pemerintahan Islam waima di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab lagi.. Dan sekarang nama Ayla tu di gunakan oleh Israel ke atas kawasan seberang teluk aqabah iaitu Eilat.. Wallahua'lam

Dan bagi mereka yang suka shopping menyopping, datanglah ke Aqabah... Tempat ni kalau kat Malaysia dah macam Rantau Panjang, Pengkalan Kubur or Padang Besar.. Kalau student Malaysia datang sini wajib beli kacang, hirom (selimut tebal untuk musim sejuk seberat 6kg), comforter, kasut sebab harganya 3x ganda lebih murah dari tempat kami..

Kalau datang Aqabah ni, wajib juga cari makanan laut sebab sini sotong, udang, ikan semua fresh2 dan tersangatlah murah.. kalau kat Mu'tah kami juz makan ikan frozen je... Sotong n udang tersangatlah jauh skali... Bukan kata mahal, tak ade pun... hehehe

-nun jauh di depan sana adalah Palestin dan Israel-

-Naik bot ni murah je.. Tak sampai RM10 pun untuk sorang-


-dari dalam bot-


-kami dibawa melihat tanah Palestin dan Israel, Subhanallah-

Hope that before balik Malaysia dapat datang lagi kat sini... Dan mesti datang kot... hehehe ^___^



No comments:

Post a Comment