Satu-satu pokok sakura yang ada di Universiti Mu'tah |
Aku tak tau lah skarang ni kat Mu'tah dah masuk spring (musim bunga) atau belum... Sebab pokok ni lah satu-satunya yang dah berbunga ngan lebat...
Makhluk Allah yang satu ini patuh dengan sunnatullah... Walaupun angin bertiup kencang, udara sejuk mencengkam, ia tetap mengikut suruhan Tuhannya.. Allahurobbi... Kita manusia, banyak berbuat maksiat kepada Allah... Tidak patuh pada aturan dan suruhan Dia.. Sedangkan kita tahu Syurga itu indah dan neraka itu azab... Dan kita juga tahu pilihan itu semstinya di tangan kita.. Mahu ke mana kita nanti??
Aku suka sangat ngan satu kata-kata ustaz Azhar ni : " Kalau nak wat dosa atau maksiat, acu try amek iron atau kuali panas buh kat muka.. Tengok rase gane?? Api neraka itu lagi azab " hik3
Dan satu kata-kata yang aku copy pasta dari twitter Wardina Safiyyah: ''Katakan pada diri: Aku terlalu baik untuk berbuat maksiat!!"
Yang paling best sempat aku cilok kata-kata dari drama Stanza Cinta : "Iblis pun taat pada Allah, cuma mereka ingkar sebab tak nak sujud pada nabi Adam.. Kalau kita manusia ni tak taat pada perinta Allah, apa maknenyer tu??" hehehe.. Kome pikir-pikir la ye...
Makhluk Allah yang satu itu juga tetap teguh walau angin bertiup kencang... Aku tengok tak selai pun bunga yang gugur.. Subhanallah.. Perancangan Allah itu Maha Hebat.. Dan aku jua ingin seperti Sakura ini.. Teguh walau pelbagai ujian melanda.. Takkan gugur dan takkan pernah rebah sebelum tiba masanya... :)
Ikutlah resam sakura : Makin hebat angin kencang, makin lebat ia berbunga.. ngeh3
Yok sama-sama kita muhasabah diri kerna aku, kamu, dia dan mereka tidak sempurna.. Sama-sama saling mengingatkan... ^^
No comments:
Post a Comment