.:: Jom Ikut ::.

Thursday, December 20, 2012

Kalam Tuan Presiden

Sebelum salahkan suara pensyarah perlahan ketika mengajar
Tanyakan pada diri 
kenapa aku duduk di barisan belakang??

Sebelum berkecil hati dengan pensyarah yang marahkan anda kerana tersengguk-sengguk
Tanyakan kepada diri
Kenapa aku tidur pada lewat malam??

Sebelum 'memaki-hamun' di dalam hati akibat dihalang dari masuk kuliah
Tanyakan pada diri
Kenapa aku lebih lewat dari guruku??

Sebelum melabelkan pensyarah mengajar tidak jelas
Lalu aku tidak faham
Tanyakan pada diri
Kenapa rakan aku boleh faham??
Dan kenapa aku tidak bertanya ketika dalam kuliah??

Sebelum cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain
Tanyakan pada diri
Apa yang aku lakukan ketika mereka mengulangkaji??

Sebelum merayu-rayu dengan air mata supaya markah ditambah
Rayulah diri sendiri
Agar lebih juhud dalam pelajaran

Sebelum menyesal dengan masa 4 tahun berlalu dengan sia-sia
Mulakan usaha pada hari ini
Masih belum terlewat

~ Kejayaan hanya akan bermula apabila anda berhenti menyalahkan orang lain dan mula mempersoalkan diri sendiri ~


Ihsan Fadhli Bin Che Min
Hasan Husaini
President 
Persatuan Mahasiswa Mu'tah Jordan
Universiti Mu'tah, Jordan


KalamSarah: 

Sentiasa lihat kesilapan diri... Jangan asyik nak menyalahkan keadaan.. Suasana di sini tak sama dengan suasana di Malaysia.. 

Kalau asyik nak merungut, sila lah beli tiket balik Malaysia dan kargo barang anda secepat mungkin.. Yang asyik dengar rungutan 'kau' tu aku.. heh, paneh telingo ni ha...





No comments:

Post a Comment