.:: Jom Ikut ::.

Wednesday, December 5, 2012

Journey of Bride To Be: Merancang Walimah

Salam sedingin Mu'tah
Cuaca sejuk sangat2 skang
4 celcius mungkin
Hujan masih renyai-renyai

Aku sekarang, diselubungi haba dari cadar elektrik
Subhanallah, sungguh nikmat dan selesa
Macam dah terlupa pulak esok exam

Seperti ku pernah katakan
November penuh dengan kejutan

Menguruskan majlis perkahwinan dalam masa yang singkat
Dan dalam keadaan yang sangat jauh
Amatlah SUKAR
Tapi, apa ku harus buat hanyalah bertenang
Dan mengharapkan ia berjalan lancar

Pertamanya 
Pastikan kita mencatat apa yang diperlukan
Pelamin, meja makan beradab, tempat akad nikah, guest book, door gift, kad jemputan, senarai jemputan, khemah, baju, makeup, gambar, makanan, cincin lelaki, bunga telur dan banyak lagi lah

HARUS lah merancang dengan teliti 
Supaya tidak berlaku sebarang pembaziran
Aku tak mention kat sini hantaran sebab kami dah sepakat tak nak buat hantaran

Pengalaman aku selama dengar sahabat menguruskan walimah,
Mereka sering merungut soal kerugian buat pelamin
Jadi, aku fikir, untuk sehari itu, cukuplah sekadarnya
Nanti aku story pelamin jenis mane aku pilih :)

Dan ramai jugak sahabat cakap,
Biar majlis simple, janji makanan sedap
Untuk majlis aku nanti, aku pilih Ayah Ngah sebagi tukang masak
Ayah kata gulai nasi minyak ayah ngah melatop!! Hehehe

Untuk door gift pulk
Aku hanya tempah yang dah siap
Senang, terus sampai umah tak yang nak hias2 lagi dah
Memandangkan aku akan berada di malaysia 2 minggu sebelum majlis,
Aku terpaksa memilih alternatif ini
Alhamdulillah, harga berpatutan

Kad jemputan kami pilih yang simple2 je
Actually bukan kami, tapi dia.. Hahaha
Baru nampak cam dia yang nak kawin ngan aku kan.. Kah3
Not bad la.. Alah, nanti orang buang jugak kan
Tapi, bagi yang menghargai
Depa akan gunting kad tu sebab blakang tu aku buh kelendar.. Kui3

Untuk baju pulak, aku tak decide pape lagi
Asyik bertukar pikiran je aku nih
Sekejap nak warna tu sekejap nak warna ni
Sampai mak aku pun pening.. KAh3.. Sori mak..
Nanti kite cite lain ye mak... :)

Itulah serba sedikit
Perancangan awal aku
Setakat ni semua dah berjalan lancar
Kecuali baju je la sebab aku ni banyak sangat pilihan warna nya
Skali wat warna-warni baru tau.. Wakikiki

Perancang ni penting bagi aku
Bagi aku yang masih TAK KERJA ni lahhhhh
Yang dah kerja tu pasti tak dak hal kan
Ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran yang melampau okeyy

Opss, pasal bunga telur n guest book
Itu bikin sendiri maa
Mau tempah sampai RM150 oooo
Tak berbaloi bagi aku
Lagipun housemate nak tolong buatkan guest book tu
Bunga telur, buat sendiri je..
Tu pun aku crita nanti material ape aku pilih
Ceh, bunyi macam mahal je kan.. Hehehe

Okeylah, tunggu next entry ye

Doakan kami sahabat-sahabat!! 
Gotcha!!!



1 comment:

  1. Alhamdulillah! Yeay sarah nk kawin. Happy 4 u dear. Bila n? Harapnya time hubby ak ad darat la.

    ReplyDelete