Apa hak kita untuk membenci bukan
Walau kadangkala hati mengatakan itu
Tapi,akal harus waras berfikir
Perlu kita ingat sentiasa
Apa pun salah kita
Allah masih sayang
Allah tak pernah membenci hambaNya
Manusia,
Haruslah ambik ibrah
Perlu petua
Agar hati sentiasa bersih
Supaya mudah beribadat padaNya
1. Cari persamaan - supaya kita rasa boleh mendekati dia
2. Terima kekurangan dengan menginsafi bahawa kita juga mempunya kekurangan
- masakan tidak, kita hanya manusia yang kadangkala alpa
- Jangan hanya pandang kesalahan seseorang macam dia akan masuk neraka selamanya
Jangan pula mengira-ngira kebaikan kita seolah kita benar dijamin syurga
3. Maafkan segala kesilapan. Ingatlah, kita juga, bila-bila masa boleh membuat kesilapan
-Sedang Nabi sanggup memberi syafaat pada umatnya pada hari kiamat kelak, siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain
- Sedang Allah mengampunkan hambaNya, siapalah kita untuk berkeras hati tidak memaafkan insan sesama kita
Apapun hati kita kata
Akal perlu tangkas menangkis
Andai yang terdetik itu apa yang buruk
Kita hidup hanya sementara
Segalanya hanya pinjaman
Bila-bila DIA boleh ambik
Jadi, hiduplah dengan aman
Sebelum kita terlena panjang
Maafkan segala perbuatan orang pada kita
Mohon maaf jua atas perbutan kita pada orang
Hiduplah dengan tenang
Tanpa ada hasad dengki
Tanpa ada rasa benci
No comments:
Post a Comment